Barang wajib bawa dari kampung

Tak lama dah kita akan menyambut Hari Raya Haji. Korang balik kampung tak nanti? Kami akan balik beraya di Tapah, kampung suami. Bercakap pasal balik kampung, kami memang akan bawa beberapa barang wajib daripada kampung apabila nak balik semula ke rumah kami, tak kiralah balik ke kampung Pasir Mas atau kampung Tapah.

Kalau kampung Tapah, barang-barang wajib ialah:
1. taucu Opah
2. belacan Langkap
3. sos cili bawang putih Kg Koh

Kalau kampung Pasir Mas pula,
1. beras siam
2. budu cap Istimewa@ Ketereh
3. kerepok keping
4. ulam-ulaman dan sayur

Bukan apa, memanglah kat sini pun ada jual benda-benda tu, tapi rasa tak seronoklah beli benda yang lain daripada kebiasaan. Rasa masak terasa lain kalau guna jenama lain. kalau terpaksa sangat, barulah akan beli mana-mana yang dijual di sini. Kakak-kakak saya di Keramat pun macam tu. Diorang lagilah, memang bermacam-macam barang diangkut dari kampung.. Kalau saya selalunya akan beli budu 3-4 botol, beras siam 2 plastik je. Tapi kakak saya, korang nak tahu berapa banyak yang dia beli? Budu satu dozen, beras siam 6 plastik, kerepok segera 12 paket, cuka makan satu dozen, rempah-rempah masak berkilo-kilo dan lain-lain barang semuanya dalam kuantiti banyak. Macam nak niaga lak. Sila percaya ye.. Ini kisah benar.

p/s: Tengah berfikir apa benda nak dapatkan dari Tapah bila balik hujung minggu nati. kena buat senarai, baru tak lupa.

Comments

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?