Posts

Showing posts with the label Produk

apa bakal jadi mangsa panggang ni?

Image
Ha.. Dah dua minggu beli pemanggang avon ni tapi bendanya masih dalam kotak lagi. Kononnya beli ni nak masak macam macam. Bila dah ada tak ada idea lak nak masak apa. Mujur beli dengan kad avon kakak saya dapat harga RM 94 je. Beriya hari tu kirim dengan dia, sampaikan kakak saya beli barang untuk membolehkan dia beli pemanggang ni untuk saya. Terima kasih ye.. Ai..tengoklah nanti.. Saya cuba rajinkan diri.. Published with Blogger-droid v2.0.10

Geram betul@ perkhidmatan City-Link Express

Image
Ai, nama city-link express tapi perkhidmatannya lembab macam kura-kura. Ada ke patut bungkusan yang anak buah saya poskan dengan menggunakan syarikat ni pada 29hb Nov yang lalu masih tak sampai ke BSP ni? Diorang pos pakai apa agaknya? Kalau naik motor dari Kelantan pun rasanya dah lama sampai... Korang, kalau lain kali beli barang daripada online ke nak pos barang kena pastikan pilih syarikat penghantaran yang baik perkhidmatannya ye. Saya bukan nak memburukkan syarikat ni, tapi memandangkan ini dah kali kedua saya terkena, rasanya tak salah entry ni. Bagi rakan-rakan yang lain tahu dan buat pilihan yang baik.

Power bank memudahkan kita

Image
Assalamualaikum semua... apa khabar? Masuk kerja tiga hari ni memang sibuk betul. Balik semalam saya terasa macam nak demam je. apa taknya, dah la pergi awal sebab mengadakan kelas tambahan untuk murid, waktu lain pulak kena buat macam-macam sampai tak ada langsung mana nak rehat. Apa lagi masa untuk pam susu, sehingga petang semalam baju saya pun dah basah kerana breast dah bengkak.. Mujur juga baju tu cepat kering , taklah malu masuk ke kelas..     Di tengah kesibukan ni,  sampai terlupa nak cas telefon. Mujur juga ada power bank. Benda ni memang memudahkan kita, untuk cas telefon kini boleh di mana sahaja, tak perlu berada di tempat yang ada elektrik pun dan tempoh cas juga lebih singkat bila menggunakan power bank ni. Untuk sekali cas penuh, power bank ni dapat mengecas sehingga 4-6 kali telefon bimbit, bergantung kepada jumlah kuasa yang ada pada power bank yang digunakan.   untuk pengetahuan kora...

Barang wajib bawa dari kampung

Image
Tak lama dah kita akan menyambut Hari Raya Haji. Korang balik kampung tak nanti? Kami akan balik beraya di Tapah, kampung suami. Bercakap pasal balik kampung, kami memang akan bawa beberapa barang wajib daripada kampung apabila nak balik semula ke rumah kami, tak kiralah balik ke kampung Pasir Mas atau kampung Tapah. Kalau kampung Tapah, barang-barang wajib ialah: 1. taucu Opah 2. belacan Langkap 3. sos cili bawang putih Kg Koh Kalau kampung Pasir Mas pula, 1. beras siam 2. budu cap Istimewa@ Ketereh 3. kerepok keping 4. ulam-ulaman dan sayur Bukan apa, memanglah kat sini pun ada jual benda-benda tu, tapi rasa tak seronoklah beli benda yang lain daripada kebiasaan. Rasa masak terasa lain kalau guna jenama lain. kalau terpaksa sangat, barulah akan beli mana-mana yang dijual di sini. Kakak-kakak saya di Keramat pun macam tu. Diorang lagilah, memang bermacam-macam barang diangkut dari kampung.. Kalau saya selalunya akan beli budu 3-4 botol, beras siam 2 plasti...

Geramnya, lalu kucapai satu...

Image
Baju-baju budak perempuan memang kebanyakkannya cantik, kan? Setiap kali pergi ke pasar raya, geram betul saya bila tengok gaun-gaun, semua nampak cantik!!! Tak ada rezeki lagi nak dapat anak perempuan jadi tak dapatlah nak beli gaun-gaun yang comel ni..adui rugi kan? eh, ke boleh kata syukur sebab selamat duit saya kalau macam ni... pic dari google: mana boleh tunjuk baju baru tu, nanti tak surprise nak bagi hadiah, kan? Semalam, kami satu famili pun pergilah ke IOI Mall. Niat hati nak belikan Nazif pakaian baru. Tapi belum lagi sempat beli baju untuk hero-hero kesayangan ni, saya dah tersinggah di kedai baju gaun untuk kanak-kanak.. Semuanya cantik, berkenan tengok.. Dalam hati saya mula-mula tu tak ada apa-apa niat nak beli. Saja tengok sebab rasa lawa baju-baju tu.. Apa kes nak beli kalau tak ada anak perempuan pun, kan? Siapa yang nak pakai? Jurujual di kedai tu pun tanya, Nazif ni lelaki ke perempuan? Agaknya dia pelik tengok saya pilih-pilih baju gaun sedangkan saya bawa b...

Mok Cik nak mula melawa!

Saya pernah bagitahu dalam entry yang terdahulu bahawa, sejak saya mengandung kali kedua aritu saya jadi tak suka tepek apa-apa kat muka saya. Rasa rimas bila pakai alas bedak, bedak atau lipstik. Jadi sepanjang beberapa bulan aritu saya pergi ke sekolah dengan muka tak siap. (ai, teruk tul kan?, tapi semestinya dengan seri ibu mengandung, hehe) Ha, bila dah nak masuk dua bulan lepas bersalin ni, mok cik ni dah mula rasa nak melawa kembali.. hehe, macam lah lawa sangat kan? Bukan apa, terasa muka dah jadi terlalu kering sekarang, agaknya sebab sekarang dah tak makan apa-apa vitamin lagi. Jadi, permulaannya semalam saya beli dua produk ni..produk biasa yang dijual di Guardian je...tak payah masuk gambarnya lah ye...Maafla, mok cik ni memang jenis tak biasa pakai barangan mahal. Rasa sayang nak bazirkan duit beli produk kecantikan yang mahal. Lagi satu, perasan muka licin dah  tak ada masalah jerawat atau yang lain.(tolong jagan muntah bila baca ye), tu yang rasa tak...

Mencuba training pants

Image
Bahagian belakang, lawakan? Inilah yang namanya training pants. Baru semalam saya beli seluar ni daripada seorang kawan. Dia taklah jual sebenarnya, sebaliknya kawan ni syorkan setelah dia gunakan seluar ini untuk melatih anak lelakinya meninggalkan pampers dan pandai menguruskan diri tanpa pampers. Terima kasih Zilla ye.. set ni ada dua helai. Seluar ni diperbuat daripada kain. Manfaat seluar dalam kain ni adalah dapat mempercepatkan proses pembelajaran. Dipercayai anak-anak yang tidak biasa dengan kelembapan  dan  kebasahan akan belajar bagaimana badan mereka berfungsi. Ini juga membantu mereka belajar bagaimana untuk mengesan pundi kencing yang penuh dan memberitahu keperluan mereka kepada orang dewasa. Maklumlah selama ni asyik pakai lampin pakai  buang yang akan menyerap kebasahan. Tapi di sebaliknya, saya kenalah bersedia fizikal dan mental untuk bersama-sama Naim dalam fasa ni. Maklum aje lah bila materialnya kain, ...