Menu istimewa untuk orang sakit

Malam tadi saya masak koay teow kuah lada hitam yang diilhamkan dari blog Zilla. Tak rancang pun sebenarnya. Lepas baca entry terus dapat idea memandangkan Papa N demam sejak petang.
Risau tu suami demam tiba-tiba. Balik kerja pun awal tadi. Lagi-lagi di saat yang dah tak berapa lama lagi kami nak balik kampung. Mana boleh tu, nanti takkan kena batalkan pula rancangan kami nak balik kampung esok ni. Tak boleh, tak nak!
Saya siap melawak nak belanja makan makanan barat lagi tadi. Papa N cakap, tak apalah, lain kali je sebab rasa tak larat sangat. Adui, makin risaulah. Bila ditanya ada dapat MC ke tak, dia jawab tak dapat. Jadi, ni maknanya taklah demam teruk.
Jadi saya masaklah koay teow ni  untuk menaikkan selera orang demam ni. Kalau kita demam pun kita mesti nak makan makanan yang ringan tapi masam-masam sikit. Korang sama tak?
Jangan tengok rupa, rasanya yang penting
Nampak macam sup sayur je kan? koay teow tenggelam di sebalik sayur mayur yang ada. Maklumlah 
dah nak balik kampung, jadi masukkan seberapa banyak bahan makanan yang ada supaya tiada pembaziran sumber berlaku. Lagipun, penggemar sayur, jadi bukan masalah besar nak habiskan segala pak choy dan lobak merah yang ada, walaupun tengah tak sedap badan.

Sedap koay teow ni korang. Walaupun saya tak masukkan telur, proteinnya daging ayam semata mata sebab ayam je ada dalam peti sejuk kami, rasa lada hitam dan cuka yang ada memang cukup cukup rasa. Dua kali saya masak tadi, kedua dua kalinya pun Naim minta makan. Kali pertama memang 70% dia habiskan dan kali kedua dia minta lagi untuk makan dari mangkuk papanya. 

Lain kali nak cuba buat lagi resepi ni. Nak buatnya tak susah, dengan stok bahan tak banyak pun dah sedap. Saya ketuk bawang putih, tumiskan hingga wangi, masukkan lada hitam yang dipecahkan, kacau sikit, masukkan isi ayam, air yang sesuai untuk dijadikan kuahnya, tambahkan sos tiram, satu sudu besar cuka makan sebagai bahan pasti sedapnya. Dah mendidih tu masukkan sayur yang ada. Perasakan garam gula dan masukkan koay teow atau mee.. dah siap pun..

Cubalah korang, dalam cuaca sekarang ni sedap kalau makan mee atau koay teow sup macam ni..nak resepi penuh sila ke blog Zilla ye..Lebih meriah dan sedap, pastinya orang yang tak sakit akan bertambah-tambah makannya..

P/s: Mood gembira pagi ni sebab suami tersayang dah kebah demam. Jadi, insya Allah jadi rancangan kami balik kampung esok.... yay, kelik kampung kito....

Comments

  1. sy juga kdg2 suka je reka resepi2 mudah mcm ni
    anak2 suka yg ada sup

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau anak suka mcm ni, blh dibuat selalu

      Delete
  2. amboi seronoknya blk kg. lama ke blk klate ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelik kg kito, meme la seronok.. blk 10 hari...

      Delete
  3. cikgu selalu gak buat macam ni, tapi tak pernah taruk cuka. next time nak try letak....hmmm terliurrrrrrrrrr wehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah masukkan cuka lain kali.. saya pun baru kali ni masuk cuka, mmg sedap jadinya.. ada masam sikit...

      Delete
  4. Walau nampak smple yg penting sedap, baru naik selera :D

    ReplyDelete
  5. betul..yg penting rase tu..hehehe..

    ReplyDelete
  6. untung papa n dpt isteri caring..masakkan special utk org yg demam..sy sellau gak wat koteaw or mee lada hitam camni tp tak pernah letak cuka.en suami kalah sikitperut dengan cuka..klu gantikan dengan limau nipispun sedap kan untuk rasa masamnya..

    yey balik kmpg!mesti seronok..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa, terpulanglah kalau nak tukar cuka dengan limau nipis. resepi asalnya da taruk limau dan cuka. jenguklah blog zilla ye..dia buat lagi sedap

      Delete
  7. Salam ain..memang sedap nih..kak intan suka la masak camni..healthy je kan...nanti boleh cuba,.,hari2 nasik pon muak juga,.tq ain bg resipi..hehe

    ReplyDelete
  8. terima kasih kalau sdp..lupa nak cakap..mee tu basuh aja..tak yah masak.Makan masa kuah masih panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. lawan chef pulak.. jenis suka buat resepi sdiri ginilah..

      Delete
    2. ish..tak po..dua2 blh..atas citarasa..chef wan kan..hihi

      Delete
  9. berkuah sesuai utk org sakit..yg tak sakit pun berseleralah lagi...salam ziarah sini

    ReplyDelete
  10. Sama cam saya klu x sht nk mkn benda camni jugak. Tgk sawi tu sy dah rasa teruja nk ngap. Nmpk sedap

    ReplyDelete
  11. Tak sihat sup2 je yg blh msk tekak kan , TP en baba suka bubur nasi time tak sihat ;)

    ReplyDelete
  12. Bila cikgu up cite psl makanan org demam ni, teringat mak sy dulu pnh jgk masakkan kuetiau sup utk sy yg ms tu tgh demam. Hehehehe....pas makan semangkuk, esoknya kebah. Magic betul!

    ReplyDelete
  13. Kakak yg tak demam ni Aisy kalau dapat tak cukup semangkuk..
    Moga papa naim cepat sembuh - ada org tak sabar nak balik kampung kan:)

    ReplyDelete
  14. Berkat makan Kue Teow isteri masak dengan penuh kasih sayang dan doa tu yg cepat kebahnya Papa N tu...ataupun Papa N tak sabau nak jumpa mertua... rindu atenya....
    Elok elok jalan tu AN...moga selamat sampai yeh...

    ReplyDelete
  15. yang penting rasanya kan..nampak mcm sedap je tu

    ReplyDelete
  16. mmg sesuai lah utk orng sakit dan orng yg x sakit boleh tumpang hirup sekali hehehe.. done follow sini yer

    ReplyDelete
  17. hahaha kerah segala idea nak bagi orang sakit kebah demam, semangat nak balik kampung punya pasal. Bagus la dah kebah pun kan, hasil makan kueh teow sedap la ni.. I pun sama kalau lemah bada mesti rasa nak sup2 masam2 jer. Ngan nasi panas2 letak sambal belacan fuhhhh ada lagi telur dadar, eh eh eh.

    ReplyDelete
  18. wah gembiranya diia nk kelik kapong mana tuu..sedap nampak nnt leh try resepi tuu

    ReplyDelete
  19. Yang tak demam pun rasa macam sedap pula kuey teow kuah lada hitam ni. Nampak senang aje nak dibuatnya tapi tak tahulah bila nak buat :D

    Oh, dah nak balik kampung ya...dah start speaking dah pun sebelum sampai ni hah!

    ReplyDelete
  20. kelainan pada cuka . nanti akan cuba ...

    ReplyDelete
  21. Saya suka sup sayur. Jadi, walaupun x nampak kuew teow tu, tetap nampak sedap!

    Hari-hari makan sup sayur pun tak apa =)

    ReplyDelete
  22. rasa tu yg sangat penting.. sakit pun boleh baik cepat..

    ReplyDelete
  23. resepi yg simple tp nmpk menyelerakan.. kalau lady msk ni xthla sedap ke x.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  24. meleleh ir liur owg yg shat nih...mmg paberet lau bab sup2 ketiau ni....weeee

    ReplyDelete
  25. kalau kata demam memang tak seleralah jawabnyer... tapi akakni dalam kata tak selera tu banyak gak makannyer...

    ReplyDelete
  26. IbuNoey kalau demam pun lebih suka makan makanan yang berkuah/sup..lagi-lagi yang panas dan ada rasa masam..

    ReplyDelete
  27. Salam kenal dr kak Nurul dan follow sini.
    Klu x demam pun suka mkn kuew tiow sup nie...

    ReplyDelete
  28. blh la buat ni.stok lada hitam byk lagi.tapi saya blm mkn cuka lagi skrg.. tunggu la bila2 kan, ke blh ganti dgn perahan limau, tp limau pon x makan lagi.huk aloh..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?