Mee

Alhamdulillah dah kenyang kami sekeluarga makan mee goreng sebagai makan malam. Mee lagi.. petang semalam pun kami dah makan mee goreng. Tapi, disebabkan kecewa dengan mee goreng yang tak power petang semalam tu, malam ni Papa N minta saya goreng mee lagi. Katanya mee yang saya masak lagi sedap. Maka, terpaksalah saya masak mee ye, walaupun hajat hati nak makan nasi dengan solok lada..

Haa.. bukanlah nak tunjuk yang saya buat mee goreng sedap sangat. Kalau sedap gitu dah lama saya jual mee goreng tau. Ni setakat berani buat untuk keluarga kecil kami ni alas perut je.

Sebenarnya kami ke Seksyen 2 Shah Alam tu tujuannya nak makan mee goreng sotong power. Niat di hati nak belanja FIL makan mee ni memandangkan awal tahun hari tu Abah pernah kecewa kerana kedai ni ditutup. Dia dengar cerita kami lepas balik makan pada tahun lepas jadi Abah pun naklah rasa sama. Petang semalam Abah dah seronok bila kami bagitahu gerai yang yang jual mee ni dah dibuka semula..

Tak sangka, bila pergi, rupanya kedai yang dimaksudkan dah tak beroperasi. Ada masalah dan kembali ditutup. Alahai. Maka, kami beli sahajalah mee goreng dari kedai yang lain.. maka FIL kecewa lahilah semalam. Siannya balik ke Tapah dengan hasrat tak tercapai lagi kali ni.

Walaupun mee hari ni tak ada sambal sotong macam dijual di kedai idaman tu, namun alhamdulillah, selain papanya, dua Ahmad ni juga makan mee goreng yang dimasak hari ni. Sengaja saya keluarkan lebih awal bahagian untuk anak-anak dan selebihnya saya tambah cili untuk santapan kami suami isteri. Kagum dengan Naim ni sebenarnya. Dah tiga hari Abang Naim ni makan makanan berasaskan karbohidrat. Seronok saya tengok dia makan nasi dan mee yang saya masak. Kalau tak, biasanya Naim makan ayam dan sayur je.. kalau disuapkan nasi pun, jarang lebih tiga suap yang dia makan. Alhamdulillah..

Comments

  1. sedapnya mee goreng…. saya mmg sampai skrang tak lulus lagi goreng mee.. hehehehe
    biasa hubby suka makan mee rebus jer… budak2 pun sama :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Kami pun, selalu keluarkan dulu bhgn adam. Kalau tak, makan aje dengan cili potong.

    Ada rezeki nanti, boleh bawa fil makan....

    ReplyDelete
  3. wah area mana kedai mee yg sedap sgt tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seksyen 2..tapi sekarang dh ditutup kedainya

      Delete
  4. kesian your fil..tak pe,kadang2 masakan menantu lagi sedap..

    ReplyDelete
  5. Alaaa mana gmbr mee goreng awak. Br nak cuci mata

    Psst: somi mmg suka air tgn isteri. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Kesian FIL kempunan nak rasa mi goreng sedap. Nak buat macamana, dah kedainya tak beroperasi lagi. Tapi bukan ke menantu punya mi goreng pun mendapat pujian anaknya? Mi goreng di rumah saya lagi syahdu, hilang semua sayurnya. Togel aje gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa.. tak suka sayur ? kami ni mmg wajib ada sayur.. kecil besar akan rebut sayur...

      Delete
  7. Kedai mi grg power tu mask JJCM kan Cikgu? Kami pun jenuh cri kedai tu pas kua JJCM. Pun frust gak sbb kedai tu mmg takde pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulllah tu fara.. tahun lepas kami pernah 2x makan kat sana.. tahun ni bila nak bawa abah, ditutup pula..sian

      Delete
  8. mee goreng klu msk sendiri mmg lagi sedap kan..sy jarang beli mee goreng kecuali la utk sarapan.saja2 nk p mkan me goreng mmg tak la...

    baru kelmarin buat mee goreng.aiman mmg suka makanan berasaskan karbo..tu pasal chubby.hehe

    ReplyDelete
  9. mee gorem kami kat sini pakai pasta jer, tu pun kadang menjadi selalunya hampeh. Mee sotong yer, dia gorneg buh sotong ker canner? Sayangnya kedai masak sedap tapi tutup.

    ReplyDelete
  10. Mana mee nya nak tengok ........
    Memang betul AN...mee buat sendirilah paling sedap hehe....boleh letak memacam dlm tu.... tp kadang tu kalau buat banyak pun kurang menyengatkan....

    ReplyDelete
  11. mee goreng masak sendiri lagi sedap sebab boleh letak mcm2. haha
    kadang2 penuh lauk jea dari mee..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts