Sarapan

Korang dah sarapan? Makan apa hari ni? Mesti makan yang istimewa kan? Maklumlah hari cuti? Anak ada balik, ada juga yang balik ke kampung sendiri atau balik ke kampung mentua...seronoknya korang.. jeles saya.. menghitung hari pula rasanya untuk balik ke Pasir Mas. Lambatnya cuti sekolah mula ni... cepatkanlah masa, dah rindu sangat kat orang-orang tersayang di kampung ni...

Makin bertambah rindu saya bila pergi ke rumah Kak Ja semalam. Apa taknya, di rumah dia ada macam-macamlah. Dibekalkan saya balik dengan kek gula hangus dan satay ikan.. mengimbau memorilah jadinya. Satay ikan ni, masa saya kecil, memang saya suka makan. Selalu berebut makan dengan Adik dan anak saudara sulung.. umur beza tak banyak, jadi berkawan macam adik beradik. Pagi ni makan satay ni, mestilah bertambah rindu.

Buka peti sejuk pula, nampak kek gula hangus. Makan lagi. Setakat kunyah satay ikan 5 cucuk tak kenyang, sekarang saiznya dah tak sebesar dulu.  apa lagi, saya makan pula kek gula hangus tu. Mulalah rinduku datang lagi. Ingat pula masa kecil dulu, Angah suka buat kek untuk kami makan. Seronok ingat memori makan kek panas-panas dengan adik beradik. Mak saya pun pernah cakap yang dia pun rindu nak makan kek panas beramai-ramai macam masa kami kecil-kecil dulu.. mendengarkan luahan tu, mulalah rasa bersalah, saya tahu makan je, masak malas. Haaa..

Perut saya dah terasa kenyang makan kek dan satay ikan. Tiga hero saya tu bilalah nak bangun? Bosan pula bila tak ada yang mengacau ni..
Mama JJ penah makan juga kan benda ni? Pernah bagi JJ makan satay ni tak? Sekarang, saiznya kedekut...nak untung lebih..haaa..

Comments

  1. sedapnya satay ikan, lamanya akak tak makan..

    ya.. memang rindu kenangan dulu tapi tak mungkin ia berulang kembali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha...betul kak..
      tak pe, kita pula pastikan anak2 kita membesar dengan sweet memories juga... biar diorang membesar sempurna sebab tak ada kenangan sedih....

      Delete
  2. Cantek blog nih..sorry2 lame xsinggah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arep ok ke di tempat kerja baru? Mesti bz..tu yg jrg update blog

      Delete
  3. Tak de yg istimewanya bekfes pagi ni AN....goreng cucur yg masih berbalance semalam , roti canai segera dan masak sardin...tu je punnnn...
    Jarang makan satay ikan ni AN ....selalunya makan kalau balik dari Pangkor le....kat sana banyak jual nikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh...tak istimewa apa lagi tu kalau juadahnya 3... seronok tu makan roti canai dengan sardin... jilat jari nampaknya...

      Saya makan di jg saya satay ni.. hok mari dr siam... haaa..

      Delete
    2. Sardin masih berbaki lagi AN dlm fridge....

      Delete
  4. memang best breakfast kat kampung..

    ReplyDelete
  5. Setiap anak kelantan wajib kot makan benda ni hahaha. Suka sangat beli benda ni walau baunya agak ahhemm. JJ belum rasa lagi ni, i rasa ada ternampak kot kat kedai asian, tapi tak pernah cuba lagi. Nnt I ushar lagi tengok.

    ReplyDelete
  6. xlama lg cuti skolah.. itu yg best bila jd cikgu kan :)
    lama xmakan satay ikan. skrg susah nk cari

    ReplyDelete
  7. feberet saya jugak tu….
    Kebetulan hari ni breakfast dengan nasi kerabu. Aisyah kata, "I feel like in M'sia kalau makan macam ni". Ayat compliment sungguh… boleh la buat selalu :)

    ReplyDelete
  8. aha..betul la, sekarang ciput sngat tapi best. kalau balik kb mesti beli tapi tuk bawak mai kl memang xdapat la hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts