Petua baru

Ada yang tercari-cari petua nak cerai susu badan dengan anak? Cara baru ni, kot sesuai dengan anak korang.

Mask ....

Kisahnya tengah hari tadi.. dua Ahmad yang kepenatan selepas penat meronda di Sunway Pyramid tadi sedang tidur. Anak-anak tidur, saya pun merancang nak memanjakan diri sendiri. Mandi, cuci muka dan pakai mask ni. Baru sekejap pakai benda ni, Nazif yang tengah tidur terbangun daripada tidur. Menangis la dia ni dengan manja-manja.

Alahai, adik. Mama baru nak relax. 

Terus saya selak baju nak menyusukan dia dengan harapan Nazif akan tidur semula. Tapi, Nazif semakin kuat meraung. Tak nak menyusu pun, siap tolak tangan saya. Nazif tengah baring tu tiba-tiba bangun. Dia tengok ke muka saya sambil menangis. Makin kuat suara tangisan dia.

Haa.. rupanya sebab tengok muka mama ada tertepek benda putih ni.... saya pun selak mask tu dan cakap dengan Nazif, "Adik, ni mama lah".

Baru Nazif tak nangis lagi dan kembali baring sebelah saya.. 

Comments

  1. hahahah terkejut dia tau, ingatkan sapa la kot kan tetiba putih bersepuh gitu. JJ pun kalau I pakai mask dia mesti macam heran tpi dia sengih2 la, tak nangis. macam insterested (biasa la pompuan) tapi i nak letak kat dia lari, basah2 geli kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... tengah mamai tu terus nampak muka tak cam..sian dia..

      Delete
  2. Hahahah... nasib bukan tengah malam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam tak pe pulak..gelap kan nazif takla tekejut

      Delete
  3. haha..ingat petua betul!!klu saya pun nangis..sian nazif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazif ni... mama baru nak melawa sikit...

      Delete
  4. haha..sian dia. tetiba mama berubah wajah jadi putih jea..

    ReplyDelete
  5. hahaha agaknya dia ingat hantu kot..bagus ni petua yg boleh cuba diamalkan,jgn anak lemah semangat sudah.hiks...

    ReplyDelete
  6. hahaha...kesian nazif,mesti dia terkejut tu

    ReplyDelete
  7. haha...mau tak seram kalau pakai mask...Yang dah tua ni pun boleh terkejut rasanya apatah lagi budak kecik mcm nazif haha.....tak selesa tu baring sebelah mama dengan muka bukan original

    ReplyDelete
  8. Dia tengah mamai tu tetiba buka mata nampak hantu putih...hahaha.... Ingatkan betul-betullah tadi cara nak cerai susu badan....terkena rupanya!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts