Cuti dan kerja


Baru pandai nak buat print screen daripada hp. Haa.. Naim dah lama tahu buat.. 
Mama baru belajar nak buat ni..

Perkongsian daripada rakan-rakan.. nampak santai namun bagi saya tepat menggambarkan situasi anak anak yang kebanyakkan mak ayah pada siang hari keluar bekerja..

Tak nak cakap pasal orang lain.. saya dan anak saya cukuplah. Jaga tepi kain sendiri. Bila balik kerja dengan penat tu, mula la nak marah kalau Naim sepahkan barang, buat air atau makanan tumpah. Walaupun marah manja-manja je, namun bila fikirkan dia nak mamanya bagi perhatian kat dia, saya mulalah rasa bersalah. 

Rasa macam dah banyak lebihkan kerja berbanding anak sendiri. Kata kerja separuh hari, namun anak dihantar ke taska sejak pagi semata mata nak mama ada masa buat kerja sekolah dan kerja rumah. Bila balik, anak tak nak tidur awal, mama yang pening. Padahal, agaknya Naim dan Nazif ni sengaja tak nak tidur awal sebab itu saja masa yang diorang boleh main dan bermanja dengan mama dan papa..

Aduhai anak anakku sayang.. insya Allah cuti kali ni.. mama akan bagi lebih perhatian untuk korang.. kita tebus balik masa kesibukan dan kejahilan mama ye... 

Comments

  1. Begitulah rencah kehidupan sekarang ni Aisy. Kalau kakak mungkin sebab kerja swasta agak lebih sikit peluang disamping ada bibik. Balik rumah selepas masak memang 100% dgn anak sehinggalah kini kalau Aisy perasan kakak tak pernah berblog waktu malam.. Kalau waktu kerja kakak busy maknanya blog akan akak tinggal macam itu aje. Tapi sekarang anak dah besar mudah sikit - masa utk anak itu perlu itu yg kakak tekankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulkan kak... dilema kita bekerja ni, banyak cabaran.. alhamdulillah akak dapat prmbantu yg baik...

      Delete
  2. Betul tu Aisy..... you kena tebus balik quality time bersama anak2 cuti kali ni.. kena gi Korea lagi, kena shopping byk2 lg bagi diorang happy sakan!. Kekeke..

    Happy holiday Aisy!!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa... menarik cadangan tu,.. tp nak kena minta IRP dan isteri yg dermawan tu bagi derma la utk kami...

      Delete
  3. btl tu..kena g korea lagi..tgk snow pula..slmt bercuti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak de baju sejuk yg tebal la., gelang mas tak da, kalau nak gadai pun ni... tunggu lain tahun la pulak...

      Delete
  4. Omg, I even still banyak masa spend with JJ, still terasa tau. Ini dia ngan papa la jarnag dapat manja, semalam pagi dia bangun tengok papa dia tengah siapkan bekal kat dapur, terus dia lari peluk papa dia, tapi seminit jer dapat sebab papa dah kena rush keluar. Then hari ni papa dia plan nak pergi kerja jugak half day, but then JJ celik, nampak papa ada sebelah terus terkam cium papa dia, tak jadi papa kerja. (wah panjangnya cerita I, dah macam satu entry kat sini hahaha).

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, panjang panjang komen macam ni lagi bagus.. saya suka...
      bila kita tengok anak kita macam tu, barulah kita sedih kan.. anak macam harapkan kita dua2 dapat bersama-sama dengan dia seharian.. kita yang ada masanya terpaksa keluar untuk urusan lain...

      Delete
  5. Terpaksa.... bukan la mahal... tapi tanpa gaji tu, banyak yang terpaksa dikorbankan. Kalau keadaan terdesak, boleh la. Anak lagi utama kan.

    ReplyDelete
  6. dh byk kali baca tp mmg terkesan dihati klu bab anak2 ni..tp situasi mak bpk zaman skang kira macam terpaksa bekerja, nk tak nak terpaksa la kan

    untung juga sy kerja shift,byk masa utk anak..:)

    ReplyDelete
  7. Cuti sekolah ni boleh tebus balik masa berkualiti bersama anak2...
    Betulkan..bunyi mcm best jer kerja separuh hari, tapi petang baru balik rumah..hanya kita2 jer yg tahu....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1