Nazif dah mula berlari

Rasanya hari ni Nazif mula tunjuk bakat berlari. Ke saya yang tak perasan sebelum ni? Tapi, waktu maghrib tadilah kali pertama saya tengok Nazif riang berlari kerana menyangkakan Naim sedang kejar dia.

Macam tak sangka Nazif dah pandai berlari. Macam baru je bersalinkan dia. Macam baru je tengok dia bertatih. Macam baru juga pimpin tangan dia ajar dia jalan. Macam baru je dia pandai jalan. Ai, hari ni dah mula lari ye dik? Seronok sangat rasanya. Tapi lupa pula nak rakam detik tu. Tapi takpe dik, lain kali mama rakam ye.

Lagi satu, kebelakangan ni Nazif juga mula menunjukkan minat makan sayur. Semasa kami makan malam tadi banyak juga Nazif makan bayam. Mujur bayam hari ni dimasak lama, agak lembut jadinya. Berkali dia minta nak bayam tu. Kecil-kecil lagi ikut jejak langkah papa suka makan sayur. Alhamdulillah dua beradik ni nampaknya mudah makan sayur.


Nazif 
Mula jalan : 11 bulan setengah
Mula berlari : 14 bulan ++

Comments

  1. Replies
    1. Betul...mmg rasa cepat sangat pergerakan masa...

      Delete
  2. macam cantik je,macam comel je..hihi

    ReplyDelete
  3. lepas ni boleh main kejar-kejar dengan mana :)

    ReplyDelete
  4. Wah...da pandai berlari ye.. Blh la main kejar2 dgn mama..hehe..

    ReplyDelete
  5. Hehehe pasni marathon la dalam umah, ringan jugak dia yer. Bagus bila kcik mula makan sayur, keep on going. JJ pun suka sayur berbanding daging atau ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira ringan juga berbanding naim.. naim nk masuk 14 baru mula jalan...

      Delete
  6. Dah setahun lebih ye Aisy... cepat aje kan. Tahu-tahu dah berlari. Tak lama kena mengejar ajelah bila pergi shopping sebab dah 'dapat kaki':)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg mengejar di super market ni dah lama kak.. dia mula jalan masa dlm puasa hari tu nazif ni dah mula tak nak didukung bila ke supermarket.. penat kejar

      Delete
  7. serokok tgok bila baby besar nazif berlari..mesti comel sgt kan

    ReplyDelete
  8. Lepas ni mamanya yg terpaksa main kejar2...

    ReplyDelete
  9. Seronok dapat tengok perkembangan anak kan AN.....baik baik tertumus nanti si Nazif tu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1