November

Alhamdulillah Allah panjangkan usia kita semua untuk masih lagi hidup, dapat kita semua menghirup udara segar di muka bumi Allah ni sehingga sekarang. Bangun pagi ni saya rasa separuh tenang. Separuh baru, sebabnya semalam secara kurang rasminya sesi persekolahan untuk tahun 2013 dah habis.

 Bermulanya peperiksaan SPM pada minggu hadapan, jadi  murid tingkatan 1 dan 2 ni akan cuma hadir secara giliran dan tujuan untuk hantar buku teks sahaja.  Jadi tugasan mengajar untuk tahun 2013 ni dah berakhir. Sekarang saya kena selesaikan kerja-kerja 'perkeranian' je. Jadi, terasa macam separuh beban dah kurang. Tambahan pula hari ni sekolah kami cuti... seronok, kan? Memang seronok, cuti sampai Selasa.

Semalam guru-guru sesi petang dah buat makan-makan sikit untuk meraikan tamat sesi tahun ni dan juga kerana kerana sebahagian guru akan mula keluar bertugas mengawas peperiksaan SPM, nanti minggu depan dah tak nampak diorang ni.


Tak lama lagi akan mula cuti sekolah. Kalau semua kerja saya ni dapat disiapkan sebelum cuti, memang sangat seronok. Macam semua cakap, best jadi cikgu sebab banyak cuti.. tapi, kalau tak sempat siap, kenalah guna masa cuti nanti untuk siapkan semuanya. Jadi nak kena kerja keras ni..haaa.. masa cuti nanti dapatlah mama tengok muka dua Ahmad ni dari pagi sampai ke malam..Papa N cakap tak bayar bayar yuran taska untuk bulan Disember, bagi mama je jaga diorang ni. Ai, macam manalah nanti ye? Dapatlah kita main-main sama-sama dan kecahkan rumah sama-sama ye?

Kalau mama yang jaga agaknya korang ni comel ke comot?

Comments

  1. Bestnyer ada jamuan + bestnyer dapat berehat lama di hari cuti skolah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...buat jamuan kecil2 je tapi rasa seronok sebab makan beramai ramai.. rasa penat sepanjang tahun dah kurang..

      Delete
  2. selamat bercuti cikgu..anak anak happy laa mak dia ada kat rumah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..anak2 suka kot..mama yang pening nati... dah lama tak hantar ke taska, menjadi2 manja diorang ni..

      Delete
  3. Comel gak tu, ptt ritu tak blh Msk blog dh ber tukar wajah dah, cantik

    ReplyDelete
  4. Terinsaf ai bila you sebut "november" Aisy..... nampaknya makin tambah tua la ai nih...
    huaaaa!!!. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak bgtau tak lama lagi birthday dia la tu.... bila sambutnya..ajak la kami..

      Delete
  5. Replies
    1. Tang ni alhamdulillah..adalah untungnya

      Delete
  6. Menyesal x smbg degree then amek KPLI. Klu tak, ley jdk cikgu. Tapi apakan daya, segalanya sudah berlalu. Semuanya sbb perangai mls sendiri. Heheheheh....rezeki msg2 kan? Cikgu plan ke mana holiday panjang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahla..xda plan lagi.. tapi yg pasti kena kelik kg seminggu dua dulu. Pastu bolehla nak ke mana pun...

      Takpelah fara.. rezki n takdir lain2... mungkin fara tak jadi cikgu tapi fara berjaya dlm kehidupan fara.. tak sekarang.. nanti mungkin... banyak yg kita tak tahu..

      Delete
  7. Tang cuti mmg best jadi cikgu AN...tp tang lain OKje tak tau macamana stressnya cikgu ni haha...... Budak dua orang tu sure happy le bila dua puluh empat jam mama jaga.....Budak budak syok mama dia jaga AN walaupun kena marah....Marah marah mama tetap sayangkan merekakan,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... betul2..saya sokong sgt kata2 okje ni..
      Mama nak kena jadi singa kalau jaga 24jam.. memang kalau dgn saya budak2 ni tak berapa heran kalau saya jeling...

      Delete
  8. hihi..mesti la comey2 je time cuti sek ye dak..
    slmt bercuti ye akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa. Tak jamin comel.selalunya serabai kalau menguruskan rumah dgn 2 anak ni.. silap2 anak mandi mama tak mandi...huhu

      Delete
  9. Selamat bercuti... Seronok la bdk berdua tu ye, mama ada kt rumah sepanjang hari.

    ReplyDelete
  10. Yayyyy dah nak cuti sekolah,cepat2 siapkan kerja semuanya nnt boleh bersenang lenang time cuti fokus pada Ahmads ni jer. Budak2 biarkan mereka comot, baru la syok and comel hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah buat beersungguh ni.. semalam cuti pun saya tetap ke sekolah buat kerja..6 jam duk kat sekolah tu.. macam tak caya dgn diri sdiri.

      Delete
  11. cuti sekolah ni anak2 pun sukalah..mama boleh focus jaga anak,siapkan makan semua...boleh la bermanja lebih sikit kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam itulah rancangannya PK.. tapi saya ada juga kerisauan tentang naim ni.. kalau dah beberapa hari tak ke taska ...selalunya dia memang suka buat hal..manja sangat jadinya

      Delete
  12. Sebelum cuti ni banyak benda nak dibereskan..semput sangat masa coz sblum cuti panjang..banyak cuti di tengah2...tapi bila sebut pasal cuti panjang..semuanya teruja kan dik..hihi..cuti utk kita2 ajer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...betul2 kak. Seronok sangat bila tiba masa cuti...

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts