Jangan lupakan kami

Assalamualaikum semua.
Dua hari tak menulis terasa lama. Tapi apakan daya bila dah ada di kampung ni, banyak lagi perkara lain yang tak  menyempatkan saya untuk edit blog. Semalam hampir separuh hari tidur je, alasannya kerana  letih dan rasa damai kat kampung halaman.

Hujan je  hampir sepanjang hari semenjak kami balik ni . Jadi setakat ni aktiviti kami kebanyakannya makan dan main-main kat dalam rumah je. Sejuk tu. Nak keluar pun, faham fahamlah kalau dah cuaca macam ni.

Naim apa lagi, asyik dengan permainan dia sahajalah. Mujur mama sempat angkut sebeg barang mainan Naim ni. Bolehla dia lupa rumah dia sementara. Setakat ni dah dua kali Naim minta nak balik BSP. Sabar ajalah nak jawab ajakan dia ni. Itu yang kami layan je dia, asalkan dia tak sebut nak balik BSP. 

Nazif pula relax je. Sekali sekala tunjuk mengada ngada juga. Tapi kebanyakan masa dia seronok kerana banyak makan. Apa taknya, jika ada orang makan, dia akan ikut orang tu untuk minta makanan tu. Semalam, Ayah Su sampai larikan diri sebab dia kejar Ayah Su untuk makan maggi yang Ayah Su tengah makan tu. boleh katakan sesiapa yang nak main atau dukung dengan dia boleh umpan dia dengan makanan. Sampaikan saya larang abang sepupu diorang ni daripada bagi Nazif makanan. Agaknya bulat jadinya si adik ni menjelang masa kami nak balik ke BSP semula. 

Oklah ye.. masa nampaknya tak mengizinkan saya nak tulis panjang-panjang. Nak makan malam dulu. Tadi saya masak nasi mandy untuk makan tengah hari. Malam ni nak makan banyak-banyak mee yang mak masak pula.. 






Comments

  1. oh jeles ok. Enjoy ur stay in kampung sepuasnya, tapi jagna lupa kami jugak yer, update la bila boleh kami tumpang balik kampung huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Ooo kat kampung lagi yeh AN...tak mcm siput ke tenet tu? Bila balik BSP ?
    Kirannya Naim ni mmg jenis tak betah duk rumah orang yeh AN....walaupun rumah mak tok!
    Amboi syok le cenggitu makan makanan mak masak...Bukan nazef yg chubby tu mama dia hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun mcm siput internet kat kg ni.. kami balik seminggu lagi. Haaa.. 10 hari balik ni..

      Haa.. mama dia biasanya mmg bulat kalau balik kg..24jam terasa lapar

      Delete
    2. Makanan sedap kot... tapi, kalau MA, bila ramai, makan apa pun seronok. Asyik nak ulang makan je. Siaran ulangan pulak, bukan sorang2. Ada je yang nak join. Lagi la makan bertambah =)

      Delete
  3. kalau anak2 saya masa kecil, suka sgt dapat balik kampong.... ramai yang melayan.. kita pula kena pujuk mereka bila nak balik KT semula :)
    sedapnya makan mee mama masak... nak sikit :)
    AN, kena ambil gambar nazif sebelum dan selepas 10 hari kat kampong....

    ReplyDelete
  4. Khusyuknya dia main mainan2 tu.

    ReplyDelete
  5. Bestnyaa balik kg!!. Sedap tu dpt tido2, golek2 dilatari bunyi hujan..
    makan nasi mandy!. Satu kombinasi yg best di waktu cuti.

    ReplyDelete
  6. Hujan dengan makan tak boleh dipisahkan.acik pun sama AN
    ..hujan petang nak keluar pun tak boleh..sudahnya dok dapur...masak2 dan makan2

    ReplyDelete
  7. Selamat pulang ke kampung ye ;)

    ReplyDelete
  8. banjir tak kt sana, bukankah hujan sepanjang hari?

    ReplyDelete
  9. biarlah nazif nak makan..sementara tengh ramai ni mmg selera dia nak makan.meriah je dok mintak org makanan,hehe tak best ke kt kmpung tu naim cpt sgt nak balik?

    nikmat balik kmpg tu tak keluar pun takpe..buat aktiviti makan2 dalam rumah dh cukup heaven..:)

    ReplyDelete
  10. memang seronok kalu dpt duduk kt kg lama2 kan, nak pulak ada mak yg masakkan...rindu pula rasanya dgn masakan arwah mak

    ReplyDelete
  11. Oh, jealous aje orang dapat balik kampung, hirup udara nyaman tapi tak lupakan pun. Alah, dua hari aje tak update. Nanti kita tunggulah live update cerita dari kampung pulak.

    ReplyDelete
  12. Wah syok blk kg. tp saya klu blk lbh tiga hari sy rindu umah sendiri:(

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1