WW : melatih anak memahami arahan

Aktiviti pagi. Diilhamkan daripada penerangan cikgu di tadika yang kami nak masukkan Naim belajar nanti, saya buat aktiviti melatih Nazif dengan kemahiran psikomotor dan kognitif. Haaa, canggih nama aktiviti.

Padahalnya, saya bagi arahan supaya Nazif pungut kereta mainan Abang Naim yang berada berdekatan. Minta dia letak di atas benda hijau ni. Nazif ambil satu persatu, setiap kali dia bawakan sesuatu saya puji, " pandai adik, good boy", dan dia akan terus ambil lagi sambil tersenyum..

Nampaknya berjaya dia laksanakan arahan, kecuali empat benda kat depan tu..bukan kereta..okla tu kan..budak 15 bulan.. dia tengok abangnya main tu dia ambillah semua tu.

Comments

  1. betul, guna psikologi ;)
    lebih berkesan dr marah

    ReplyDelete
  2. Hihihihi. .. pandai! Bila kita puji, lagilah dia suka. Silap2, nnti dia buat sendiri, kalau tak puji dia dok cerita tak henti2... nak suruh puji

    ReplyDelete
  3. anak2 ni memang suka kalu dipuji kan

    ReplyDelete
  4. Tergeliat mulut nak sebut nama kemahiran ni. Padanlah saya tak boleh jadi cikgu. Anak saya satu aje yang dia pandai. Kalau kita kata sepahkan rumah, laju aje dia baling mainannya ke semua arah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... kita buat semua ni..cuma tak tahu nama kemahirannya macam ni.. naim pun saama, kalau buat selerak cepat je dia

      Delete
  5. naim dah nak masuk tadika? hantar ke tadika apa?

    ReplyDelete
  6. uhh tergeliat jari nak eja aktivitinya. bagus Nazif ni, I rasa budak lelaki lagi rajin dan menurut kata dari budak pompuan la, si JJ time angin dia elok tak payah suruh, dia sendiri lari tolong, tapi time ribut... cakap la good girl cute girl pretty mama eh.. Puji la canner pun, bila dia kata tak nak, takkan nyer dia buat.

    ReplyDelete
  7. So pass dahlah ni si Nazif .... boleh terima arahan...kira dah boleh beradiklah ni hehe
    Banyaknya koleksi kereta si Naim!

    ReplyDelete
  8. byknyer koleksi kereta. bagusnya adik.bukan setakat kereta.semua mainan dia angkut susun skalai yea...hehe

    ReplyDelete
  9. arahan beserta pujian mmg cukup berkesan..byk koleksi kereta abang.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1