Projek hari ni

Semalam saya bagitahu nak ke sekolah hari ni, kan? Mestilah pergi. Tadi saya keluar dari rumah pukul 9.30 pagi lagi tau. Balik pula sampai kat rumah pukul 4.30 petang.

Adeh, lenguh kaki sekarang ni..lenguhnya bukan sebab lama buat kerja, tapi lenguhnya sebab berjalan. Haa.pukul 10.30 saya keluar dengan kawan pergi ke Klang. Sempat pergi ke GM Klang tadi. Nisaq yang ajak. Apa lagi, ikut sajalah. Bukan selalu ada peluang jalan tanpa bawa beg tangan (Nazif yang nak kena kelik).

Lenguh kaki sebab meronda di tingkat dua dan tingkat 3 kat GM tadi. Pusing sana pusing sini tengok barang, belinya bukan banyak pun. Saja suka dapat tengok barang. Jalan pula sorang-sorang, ikut kaki lah nak jalan ke kiri atau ke kanan. Nisaq waktu tu temankan adiknya beli barang, jadi saya jalan sorang-sorang. Tak ingat dah kerja sekolah yang masih belum siap masa tu.

Dalam perjalanan balik pula sempat singgah lagi ke Mahnaz Food di Batu 3 Shah Alam. Dah kena pula shopping kat sini. Maka angkutlah sebarang dua barang. Haa, macam sedih je, padahal seronok rasanya bila sekali sekala buat macam ni.

Balik dari Mahnaz Food barulah kami balik ke sekolah untuk sambung kembali kerja yang buat kepala pening. haa..tapi tak larat dah nak 
lama-lama kat sekolah. Sempat buat kerja sejam lebih je sebelum balik tadi. Ada ramai lagi rakan lain di sekolah tadi, tapi lenguh kaki ni menyebabkan saya rasa kena balik dah..

Esok atau lusa pulaklah nampaknya sambung kerja di sekolah tu.. haaa.. tak pe kan? Cuti panjang lagi..alasan orang malas..haa


Comments

  1. Apa pula malas... kira rajin la tu.. cuti2 pun jenguk lagi ke sekolah :)
    Saya mmg suka buat "kerja" lagu tu... bila rasa byk sgt benda dlm kepala, ambil bus free depan uni... keluar window shopping... ringan beban dapat belek harga barang :)

    ReplyDelete
  2. takper...masih banyak masa, lagipun dah lama sangat u hadap sekolah tu kan, apa salahnya merewang kejap ambik angin cuci mata hehehe.

    ReplyDelete
  3. byk ke borong td? bak sini sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... xda banyak pun..sja jalan2..beli benda kecil2 ja

      Delete
  4. Kat Mahnaz food tu jual apa type nya makanan ya? Tak pernah sampai lagi dan sebenarnya tak tahu pun kat mana kalau tak disebut di sini. Kira penat berjalanlah ya, bukan penat buat kerja. Tapi takpalah, cuti sekolah cikgu pun patutnya kena cuti juga. Kesian tengok cikgu sekarang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mahnaz ni ada macam2.. barang2 makanan, minuman, rempah,produk kecantikan..kurma, minyak zaitun, coklat. Eh macam2 la..semua dr negara arab sana..

      Tgk website mercufood.com atau datang ke Batu 3, Shah Alam..

      Delete
  5. Ok tu dapat sejam. Macam2 jugak boleh buat dalam masa sejam kan :)

    ReplyDelete
  6. ok la. cuti lama lagi. boleh siapkan kerja tu nanti..hehe

    ReplyDelete
  7. serokok jalan tanpa beg tangan.apa pun sepanjang jalan menyoping tu mesti teringat kt anak..ada la tu buah tangan untuk depa..

    betul tu cuti panjang lagi...just take ur time.haha

    ReplyDelete
  8. Sesekali dapat shopping ngan kengkawan memang best AN...hehe lagi lagi dapat tinggal beg tangan yg nak kena kelik tu...
    Tapi betullah kalau dah keluar menyopping, balik nak buat kerja mmg boleh tahan malasnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1