Senaman pagi

Ai.. berpeluh ketiak pagi pagi buta ni. Apa taknya, pagi-pagi lagi Nazif ni dah menangis-nangis. Dah pujuk macam-macam tak juga dia senyap, maka saya buka pintu, bawa dia keluar. Elok pula dia diam sebaik sahaja dibawa keluar.

Seronok je dia tengok burung cik rumah berkicau sambil terbang. Lama kami jalan-jalan sekitar kawasan rumah tadi. Ingatkan betul ok dah, sambil angin sepoi-sepoi bahasa tu dia siap angkat tangan tunjukkan kepada burung tu. Tapi, bila dibawa masuk ke dalam rumah, episod menangis bermula lagi..adeh, penin..

Namun alhamdulillah kali ni mudah pula dipujuk. Pujuk sikit je Nazif dah kembali tidur, mama lega..selesai satu masalah.

Rujuk kepada akak saya atau mak saya, ni dah keturunan. Menurut Kak Ja, kat dalam rumah dia semua jenis suka menangis. Kak Ngah pun setuju, ada seorang anaknya memang menangis kalau bangun tidur pagi sehingga berusia 14tahun. Mak saya pula, kalau bagitahu Naim Nazif ni suka menangis, mak akan jawap , " sikit je tu..mana boleh lawan mama dia menangis masa kecil dulu"..

Apa nak dikato!... hihi

Comments

  1. haha..mama diorang lagi teruk rupanya..en azwan tau tak pasal ni?

    ReplyDelete
  2. Org tua2 ckp bdk kalu masa kecik kuat nangis bile besar jadi org berjaya ;)

    ReplyDelete
  3. mujurlah mama pandai & berjaya hentikan tangisan. good job :)

    ReplyDelete
  4. Adoihh dah lama tak bersenam pepagi...jangan nak cakap pagi. Petang pon. Senaman mulut ada la...mengunyah makanan. Hahahha

    ReplyDelete
  5. hahahaha yg itu menurunnya ek. tapi ok la senang jugak bawak ambik angin kat luar dia dah mood ok balik.

    ReplyDelete
  6. menurun mama dia la ni ye,..hehehe

    ReplyDelete
  7. hahaha... nak mama mesti la ikut juga.

    ReplyDelete
  8. Laaa...si Nazif tengah menurun perangai mama rupanya hehe...so nampaknya terpaksalah terima dengan redho..... mama borik anak rintik hehe

    ReplyDelete
  9. Hahaha...penyakit keturunan belah mak. Tak dapatlah nak menolongnya. Makanya bertabah ajelah maknya. Awak pun dulu-dulu sakit telinga makbapak nangis tak berhenti-henti rupanya :D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1