Belajar sambil bermain

Terasa terngiang-ngiang lagi nasihat cikgu tadika yang kami daftarkan Naim. Katanya ibu bapa boleh pantau perkembangan anak anak dan pada masa yang sama boleh meningkatkan lagi pencapaian anak-anak. Terbiasa dengan teknik mendidik anak yang dah remaja, rasanya banyak saya kena belajar. Pendekatan untuk kanak-kanak pasti berlainan dengan cara remaja.
Hari ni, dua aktiviti utama yang agak berjaya. Biasa dibuat. Korang pun agaknya ada bagi anak-anak main macam ni. Tapi ada pengisiannya yang saya terlupa selama ini. 
Terguling-guling Naim nak beli set play doh ni tengah hari tadi. Papa pun belikanlah untuk dia. Daripada yang mahal dan besar berjaya kami pujuk dia ambil yang kecil je. Jadi lega, RM yang keluar pun tak banyak.
Bila balik ke rumah, kemain seronok dia. Tak bergerak langsung, duduk elok main benda ni sahaja. Daripada satu warna, Naim campur jadi pelbagai warna, kreatif juga nampaknya. Sayang sangatlah dengan benda ni nampaknya. Adik nak dekat pun tak dibenarkannya..
Pengisian 1 : semasa Naim main, saya pantau dengan memastikan Naim tahu fungsi setiap benda yang ada. Ajar dia gunakan dengan berhemah. Naim ni ada masanya tak sabar, kalau dia cuba dan tak jadi macam yang dia harapkan, ada kemungkinan dia campak benda tu. 

Sampaikan seluar pun melekat dengan play doh ni.

Pengisian 2 : Main masak-masak dengan dia. Suruh Naim buat biskut dan bila dia tawarkan biskut tu kepada Mama, ucapkan terima kasih dan baca doa makan sebelum pura-pura makan dengan nikmat biskut play doh tu.

Aktiviti yang nampak remeh. Tapi, saya disedarkan oleh cikgu tadika untuk buat macam ni. Biasanya saya memang ada belikan mainan, tapi kebanyakannya kereta dan saya cuma biarkan Naim main sendiri tanpa apa apa pengisian. Tak terlewat saya sedari dan nak amalkan perkara ini, kan? Fikirkan sibuk dan nak rehat, pasti masa yang berharga ini takkan jadi kenangan yang manis untuk kami anak beranak.

Comments

  1. Sambil main2 macam la ni yg banyak depa kutip belajar sebenarnya kan. I dah banyak kali jeling2 kat playdoh tapi kena fikir banyak kali untuk JJ, sebab dia dah lama duk menguli doh roti kan, takut dia tak heran ngan benda ni dah, Mahal kan benda ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan.. budak usia cam ni mmg tengah berkembang otaknya.. belajar akan mudah kalau ikut mood dia.. happy kalau dpt main..

      Haa.. yg set naim hari ni ada 3 botol kecil harga rm 42.90. Mahal kot..kecil botol nya..mainan budak...ni yg malas ke shopping mall, asyik kena melabur je.haa.. taktik dia berjaya lagi

      Delete
    2. huishh boleh tahan harganya, dah boleh beli baoer bungkus nasi lemak dah tu huhu. tapi demi anak...

      Delete
  2. laa..inilah mainan yang selalu ain dan zahin main..macam2 diorang buat.selalunya pizza.kan senang dia buat leper bsr.lps tu amik warna lain bulat2 kecil seolah-olah sosej.pastu dia tanyala.."umi nak order apa?"selalu dia demand nak yang harga seratus lbh tu,tapi saya cakap sb dia tak dpt hundred.So,slmt lg duit umi..hihi..tapi hati2,baby zaim dah masuk mulut dah.ingat pizza btl kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazif baru je tadi masuk mulut..mujur tertengok. Cepat2 keluarkan..

      Ha..pandai la anak2 zilla main benda ni. Naim tak pernah minta sebelum ni.. masa bawa ke rumah orang lain yg ada benda ni pun dia tak pernah nak main. Hari ni je tetiba dia nak.. dah sampai masa dia minat benda ni pulak..

      Delete
  3. ingat kecik2 dulu suka main play doh ni.hihi..dulu ingat warna biru jea.tak ada warna warni mcm skarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. ingat lagi ye cik nik. Dulu buat bentuk apa?

      Delete
  4. ingat lak time belajar dulu..sibuk buat orang2 hihi

    ReplyDelete
  5. belajar sambil bermain pendekatan paling bagus utk anak kecil..aiman tak suka play doh ni semua..yg dia tau main pistol n senapang..abahnya pun suka turutkan.huhu..

    setiap hari semua benda disekeliling anak dan apa juga keadaan anak selain bermain pun boleh anak belajar,yg penting kita ni sebagai mak2 kena pandai bagi pembelajaran

    ReplyDelete
  6. akak teringin nak beli tp en.azmi kata nanti adrien makan naya je,sbb adrien suka masukkan benda dalam mulut

    ReplyDelete
  7. bagus la ajar dr kecik.. nanti senang nk igt segala nasihat aisy tu. nina dulu suka sgt main play doh. siap angkut yg besar. huhu

    ReplyDelete
  8. Wah!! penuh ilmiah ni namanya AN....kadang kita tak sedarkan benda benda gitu yang nampak mcm remeh temeh tapi sebenarnya budak budak boleh belajar...Dahsyat jugak cikgu tadikan nikan AN...

    ReplyDelete
  9. Anak saya Si Abang suka betul dengan play doh ni, AN. Macam-macam yang direkanya. Kejap-kejap jadi burger, kejap-kejap kang jadi Minion. Penat dah saya nak melayannya. Tapi dia tak suka campurkan jadi warna baru. Dia nak beli satu-satu warna. Sekali beli, bukan nak 1,2 bekas aje. Tension aje maknya keluar duit (kalau untuk mak takpalah juga, tak pernah tension...)

    ReplyDelete
  10. yup,betul tu..belajar sambil bermain..ada kawan IbuNoey tu,dia memang suka bawa anak jalan--jalan..dok main daun-daun,bunga-bunga..tapi memang berkesan..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1