Situasi biasa

Situasi biasa di rumah kami ni, kemeriahan macam pukul 8 malam walaupun jam dah masuk pukul 12 tengah malam lebih. Korang sangka tak budak dua beradik ni akan makin galak bermain walaupun dah sepatutnya waktu tidur? Bukan sekali sekala, malah hampir setiap malam macam itu kejadiannya.

Nak menidurkan diorang ni bukannya mudah, petua-petua yang saya tahu bukan selalu berkesan. Masa Naim seorang dulu, ok je cara-cara ni. Dah ada geng ni, diorang makin seronoklah bermain. Sekejap main elok, sekejap lagi bergaduh. Adik selalu jadi mangsa. Dialah mangsa kena cium, mangsa kena peluk, mangsa kena geletek jika abang mood elok. Kalau tetiba abang jadi mood tak elok, adik juga mangsa kena kacau.

.............................................................................
Siapa tak geram pada budak bulat ni? Tu yang Naim suka sangat cuit-cuit dia ni..
Nazif dah makin pandailah sekarang. Dia banyak faham persekitaran. Masa dia menyibuk nak tolong masak, saya selalu alihkan perhatian dia dengan suruh dia cari kucing  terus dia bergerak ke pintu untuk intai kucing. Kalau dia datang lagi, saya suruh dia cari bola. " Adik, mana ball?" Pasti dia akan datang balik dengan bawakan bola. Seronok tengok dia faham arahan walaupun tak boleh bercakap lagi. Eh, dah boleh cakap sikit-sikit. Nazif dah selalu sebut Papapa, Ama, cak, dan paling comel bila dia sebut 'aaawwmm' bila tengok makanan. 

Comments

  1. Naim comelnya lah..geram tgk!!!

    ReplyDelete
  2. Anak2 saya ni pulak jenis yang tido awal dan bangun pun awal,huhu..Susah nak nampak diaorang tido lambat, sesekali mungkin la

    ReplyDelete
  3. Hihihi tak tidur pun takper dapat melayan gelagat berdua yang comel ni... awwwmmmmmm.

    ReplyDelete
  4. dalam seronok2 melayan karenah anak2...sedar2 mereka dah besar..tp kita tak terasa tua pun hehe..

    ReplyDelete
  5. Memang geram tengok budak bulat tu hehe...
    Kalau tambah seorang lagi sure jadi lebih happening tu AN hehe

    ReplyDelete
  6. Budak-budak ni lagi kita paksa tidur, lagi meriah rumah dibuatnya. Seronokkan ada budak-budak kat rumah. Takdalah sunyi sepi.

    ReplyDelete
  7. hihih keletah mereka....mmg tak habis

    ReplyDelete
  8. letih juga yerk..
    memang tak bolehler kalau akak... letih sesangat...

    ReplyDelete
  9. mesti seronok kan bila anak sdri membesar n berkembang depan mata :)

    ReplyDelete
  10. alahai meriah rumah dengan dua beradik ni kan.mama pun tetiap mlm la lewat tido..dok bygkan kecomelan nazif sebut auwmmm..hehe

    ReplyDelete
  11. comelnyaaaa....

    saya dah follow sini, saya baru je mulakan blog. harap dapat bg support kat saya ye,

    http://sweetlittlemom.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts