Beza duanya

Sejak cuti sekolah ni, saya perhatikan anak-anak berubah kelakuan. Tak lah banyak tapi ketara juga perubahan diorang ni. 

Si Abang yang sebelum ni susah nak makan makanan berkarbohidrat, sejak cuti ni alhamdulillah makin mudah dijinakkan. Pujuk sikit, dia akan makan. Saya pun tak berharap Naim akan makan banyak, tapi kuantiti yang dia makan ni melegakan hati saya. Kelakuan Naim pula macam dah matang sikit. Dia jarang merajuk, jarang mengamuk dan paling saya kagum dia dah kurang mengusik adik. Pandai dia jaga kebajikan adik dia dalam kebanyakan keadaan.
Ini budak pulak sejak cuti ni daripada mudah makan dah jadi kurang sikit makan. Asyik main je. Kalau biasa bila dia tidur malam, lenanya sampai ke pukul 8-9 pagi. Sekarag bangun awal selalunya, agaknya sebab pwrut tak kenyang sangat. Daripada tahu main sendiri tak berapa kisahkan mana Mama berada, kini main pun dengan Mama ada di sebelah. Makin manja dengan Mama, sampai Papa naik jeles. Haa.. Lagi, makin tunjuk manja mengada-ngada sampai kadang-kadang dia mengamuk bila Mama tak bersama dia.. sabar ajelah dik oi...

Tapi yang pastinya, kedua-dua ni cukup gemar main. Sama-sama menikmati masa bermain. Yang penat kemas rumahnya siapa?? Aya....

Comments

  1. Rasanya lepas ni adik lagi lasak dari abang.

    ReplyDelete
  2. baguslah ada perubahan..agaknya sbb mak depa dok ada kat rumah kot...atau seiring dgn usia mereka ??..mmg bab kemas rumah...walau anak sorang je...letih..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. cuba bgtau rumah siapa yg kemas tersusun walauoun ada ank kecik?

      Delete
  3. agak nyer si abg tu dah tau mama sentiasa ada so ,,.. tak yah la wat perangai utk tarik perhatian kans.. well yg si kecik plak.. nak bolot perhatian mama.. selalu nya mcm nie la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah cik azue.. saya terfikir agaknya sebelum ni saya kurang bg tumpuan kpd naim..tu yang naim selalu buat hal...

      Delete
  4. berubah sebab seronok mama ada dirumah kot, tp perubahan yg baik tu utk naim, nazif dah kurang makan sbb lebih bermain ye,tengah lasak la tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl..naim ok...melegakan hati mama.. nazif ni pula yg buat mama risau

      Delete
  5. Itu tandanya mereka dah bersedia unuk menerima adik baru hahaha.....
    Amacam mama? Dah bersedia?.... Mereka dah bersedia dah hehe..... Agaknya Nazif tu suka kot mama dia asyik disamping dia 24 jam je......tu yang selera dia main tu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... tidak..nehi.. belum lagi Okje.. dengan dua sekarang pun banyak buat kerja kalut2..kalau tambah dlm masa terdekat entah macam mana saya nanti...

      Delete
  6. Ragam ank meningkat usia , kt umah saya pun jd tongkang pecah n riuh rendah bila abg n baba dia blk sg besar , almaklum ler cuti skol le nk kumpul blk ,

    Nota kaki :

    Harap ada berita gembira lah pasni sebab cikgu2 ramai dpt tkr ;) semoga bkn guru pun beramai2 dpt tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck utk cik na..semoga dpat tukar ye...

      Delete
  7. assalam AN..seronok kan..melihat perkembangan anak2..tapi kan AN..acik dulu..kalau anak terlebih manja dan nak ngan mak nya..nak beradik lagi tu..
    ok je AN kan muda lagi..kaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai.. jangan la dulu.. tunggu Nazif besar sikit kalau nak ada adik pun.. walaupun tak berapa muda sangat, haaa..

      Delete
  8. Kalau umur Naim, kita dah boleh ajar dia simpan toys sendiri… tapi kena selalu pesan la… pesan sokmo sampai dia ingat.. mcm Danish dia ada role model… tgk kakak simpan toys, dia pun sibuk juga nak kemas toys dia.. tapi kadang2 kakal membebel juga bila dia yang kena simpan toys adik...
    Makin bambam la Naim lepas ni… Nazif nak bermanja la tu… layankan aje :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus nur peringat ni.. saya dah lama tak suruh naim kemas kan sdiri mainan dia.. nak kena mula balik ni..

      Delete
  9. Seronok ye naim n nazif, mama ada kt rumah. Good boy abg, ke sbb takut mama marah..hehe.. Nazif tgh nk perhatian tu. Manja sbb mama ada ngan dia sentiasa. Jgn kata nazif, aimy yg da 2 thn tu pn manja bila ibu cuti.. Cuti sehari je pun dia asik nk kepit je. Rileks la dlu kan br bg adk..

    Cantik template baru!!

    ReplyDelete
  10. owjhhh depa passing-passing gitu eh, depa pakat kot... hari ni adik makan, esok abang makan hehehe.

    ReplyDelete
  11. usia mcm ni... mmg bermain adalah satu keseronokkan..
    dan.. dlm msa mrk mula belajar...

    ReplyDelete
  12. mmg berbunga hati bila tgok anak yg kurang makan mau makan..aiman dulu2 ada masalah makan juga..dia lngsung tak nak makan..skang ni dah makan sampai chubby pulak jadinya..haha..anak2 ni bukan boleh ditegur,janji derang makan dh ok..sikit atau banyak yang penting mahu jugak makan kan..

    manja dengan mama tu mesti la...mama ada nenen..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun..nazif asyik selak baju mama je.. nak melawa sikit oun takleh..

      Delete
  13. Sbb mama dia ada kot? Ank2 ni klu perasaan gembira mereka tunjuk dgn cara mkn dan pergaulannya kan..

    ReplyDelete
  14. baguslah anak2 lasak mcm ni , aktif & sihat je !

    ReplyDelete
  15. Takkanlah nak suruh papa yang kemas, mestilah aiyoooo...emaklah sapa lagi. Nasib baik mereka take turn. Kalau dua-dua melasak, memang tepuk-tepuk dahi ajelah maknya nanti!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1