Bocor tayarnya

Tengah hari tadi, saya pada mulanya ingat nak ke sekolah. Kalau di rumah pun tak buat kerja. Nak bereskan kerja pbs pun siput ni tak izinkan saya masuk, jadi elok pergi ke sekolah, bolehlah juga buat kerja lain yang sesuai. Namun, apakan daya, terpaksa saya tangguhkan kerana tayar depan sebelah kanan bocor pulak. Alahai..

Mujur perasan masa baru nak keluar. Tengok tayar tu semacam je. Takkan la saya yang malas isi angin ni boleh jadikan tayar tu sedemikian rupa! Tak lojik rasanya. Dah syak, yang tayar ni bocor. Mujur pula masa tu Uncle Intan Payung balik. Apa lagi, saya pun minta dia tengokkan. Baik hati betul uncle, dia dengan tak berlengah lagi terus buka belakang untuk ambil tayar gantian.

Saya tengok berpeluh-peluh dia cuba buka tayar bocor dan pasang semula tayar gantian tu. Dalam hati ni, nak tegur tapi tak sampai hati. Apa tak berpeluhnya, dia tukar tayar tu depan pagar rumah, tengah panas tu, memanglah panas, kan? Alahai budak ni. Kak ipar ni pun satu, kenapa tak masukkan kereta ke tempat teduh?..sama sama pak pandir.

Jadi, teruslah bawa ke kedai. Tayar kan penting, mana leh tangguh tangguh kalau ada yang tak kena. Intan payung pesan, pergi isi angin dulu dan pandu pelan-pelan. Dia ni ingat kak ipar dia ni nak merempit di kawasan BSP yang jalan tengah diperbesar ni? Hai salah jangkaan mu itu. Jadi, saya pun pandulah perlahan ke bengkel kereta yang Papa N cakap bagus.

Pikir dua kali nak ke bengkel ni sebenarnya. Saya pernah buat servis dua kali kat sini sebelum ni. Memang servisnya bagus. Namun yang kali kedua tu, salah seorang mekanik dia terbawa balik kunci kereta saya hingga menyebabkan saya tunggu sampai ke tengah malam. Walaupun tunggu di rumah je, berangin jugalah, kan? Spesis yang tak sabar ni, kalau orang tu dah janji nak hantar kereta pukul 7 tapi dia lewat mana boleh tahan.

Bila penyelia bengkel ni datang hantar kereta saya masa tu dah hampir pukul 11 malam, saya sempat tegur dia supaya lain kali jangan buat lagi macam ni. Haaa...sangka tak saya buat gitu? Taklah saya sampai marah tarik rambut, cuma saya tak senyum dan bagi dia tazkirah je pada masa tu. Tapi bila dah cam gitu, tak ke dah malu nak ke situ lagi. Tapi korang,  disebabkan servis dia yang bagus, hari ni saya tebalkan muka je. Penyelia yang sama, masih ada tadi. Rasanya dia cam tak muka saya? Haa.. tak tegur pun tadi. Yang dua kali datang sebelum ni dia ramah je..

Keseluruhan bayaran tadi RM 100. Ha, tampal tayar RM 6 je, selebihnya sebab saya minta dia servis kereta sekali. Dah lama tak servis. Meter tak berapa bergerak pun, kalau setakat pergi dan balik dari sekolah. Jadi.. esok pulalah kalau saya nak ke sekolah..insya Allah kalau tiada halangan..

Comments

  1. salam aisy...nasib baik perasan awal kan,klu akak mmg tak pandai nak tukar tayar..hahaha nak angkat tayar pun tak mampu apatah lg nak tukar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai kak..saya pun sama. Ditanya ada tayar spare pun saya jawab "ada kot".. haaa.. mujur time tu ada intan oayung..elok oulak timingnya..kalau tak agaknya saya bawa je kereta ke bengkel macam tu.

      Delete
  2. yey..klu jadi esok pun ore nak g sek..in sha allah

    ReplyDelete
  3. patut ku tunggu tak muncul2 kat skolah

    ReplyDelete
  4. Akak pun tak pndai tukar tayar..padahal dah berbelas tahun bawak keta.

    ReplyDelete
  5. Huk aloooh la, orang baru nak rajin, dah tayar pula pancit. Nasib la perasan sebelum u start pecut zass zass kan.

    ReplyDelete
  6. nasib baik perasan masa kat rumah lagi.. dan ada pula uncle intan payung yg pandai ganti tayar….

    ReplyDelete
  7. ish lieya ni pun tau bawak kete jek...kalo kete rosak ke ape mmg menjajau jugak dibuatnye....rase2nye mmg normal semua perempuan camtu kan....lagi2 bab tukar tayar...perghh mau lecun ketiak kalo kite yg buat ...mmg kene mintak pertolongan kaum lelaki jugak.....

    ReplyDelete
  8. Saya klo bab keta hanya tau drive dan isi minyak jer. Benda lain tak tau. Tapi kena amik tau juga. Pernah kena tayar bocor gak. Tapi nasib bocor kat office. Soh budak office tolong tukarkan. Kalau bocok kat tgh jalan memang nangis lah ☺

    ReplyDelete
  9. Alah, AN.. tazkirah pendek aje, bukan kita marah. Dah memang terserlah salahnya, kan. Mana boleh nak bertabah gitu kalau kena tunggu sampai tengah malam. Kalau saya pun, hilang dah ciri-ciri wanita Melayu terakhir.

    ReplyDelete
  10. huhu...nasib baik terperasan yew...

    ReplyDelete
  11. Eh?....Uncle Intan payung tu mmg duk ngan kakak Ipar intan payung ke? Bizi body hehe....
    Kalau tayar keta kita kita ni, gadis melayu terakhir yg bocor mmg tak reti le nak betulkan...sanggup hantar workshop lagi ada....kan AN...
    Ohh ni cerita semalam...patut pun senyap je pagi ni kat sekolah lah tu atenya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. sibuk nak tau ye.. aa, barangnya ada kat sini tp intan payung ni muncul seminggu sekali ataupun bila opah datang je.. anggap je tetamu sekali sekala...

      Harini jeng jeng jeng...

      Delete
  12. Itu lah dh g keje ngan kete kna le jga kan , kang byk rosak lagi byk kna kuar blanja , mujur perasan dkt umah

    ReplyDelete
  13. Saya pun x reti.... tapi, pernah tukar tayar sendiri sekali. Puas tenung kiri kanan kot2 ada yg lalu. Dh xde, terpaksa. Itupun takut2... masa bw ke kedai, slow aje... takut tayar tercabut. Hahaha

    ReplyDelete
  14. nasib baik perasan kan. bahaya kalau bab tayar ni.tak blh tangguh.kena terus baiki or pi bengkel

    ReplyDelete
  15. mmg patut takzirahkan..haha klu jadi cmtu mmg la gaak tebal sikit muka nak pegi lagi..tp bukan salah kita apa..customer always right..smp hati penyelia tak tegur kan..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1