Beg besar

Korang suka beg tangan yang besar ke beg kecil je? Ke korang jenis ada banyak beg tangan, lepas tu asyik tukar tukar je pakainya. Bertuahnya korang kalau macam tu.

Saya ni biasanya pakai satu beg tangan je. Dah bosan atau uzur sangat keadaannya baru tukar pakai yang baru. Beg tangan yang saya dapat sebagai hadiah kelahiran Naim dulu, saya pakai sampai ke hari raya haji hari tu. Berapa lama tu? Tiga tahun lebih tau.
Lepas raya haji saya tak pakai beg tu bukan sebab dah tak boleh dipakai lagi begnya. Nampak luaran macam ok lagi. Cuma memandangkan saya dapat hadiah daripada MIL, sebuah beg tangan baru, saya pun pakailah beg yang baru. Dah bosan rasanya pakai beg lama tu. Sebelum raya tu juga saya ada buat pembelian beg tangan di Zalora.com. haha, dah ada dua pula.

Kedua dua ni beg yang jenis besar. Senang sebenarnya bila pakai beg besar. Macam-macam boleh masuk ke dalam tu. Bila pakai mula rasa berat. Gali-gali rupanya apa yang dijumpai tadi? Macam-macam ada. Gula-gula yang Kak Ja bagi. Kurma pun ada. Lagi , shawl kiriman Angah kepada saya hari tu. Haaa.. dah dua hari balik dari rumah Kak Ja baru perasan. Boleh pakai ke majlis akhir tahun sekolah nanti, biru, sesuai dengan tema tahun ni. Model berdua ni pakai nampak cun tak?
Kalau hari sekolah, pernah saya kena gelak dengan anak murid sebab tiba-tiba terkeluar pampers anak daripada beg tangan.

P/ s: entry merapu petang ni, sambil tunggu magrib. Korang dah baca doa akhir tahun belum? Lepas magrib jangan lupa baca doa awal tahun pula.. k...selamat tahun baru untuk semua.. semoga tahun baru ni lebih menggembirakan kita semua..

Comments

  1. amboi model comel kemain..basalah tu mak2ni beg tgnnya mmg macampoket doraemon,semua benda taruk masuk dlm tu..sy sejak dh ada anak kecik ni jarang pulak pakai beg tgn..beg duit je masukkan dlm beg anak..kekdahnya bawak satu beg je klu pegi memana.tpklu pegi keja mmg beg besar dr beg tgn lagi sy bawak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha... poket doremon istilah tepatnya... mmg lg mudah bw 1 je beg bila jln dengan anak.. tu yg suka beg besar

      Delete
  2. I dari dulu mmg suka bag besar, segala benda boleh sumbat dalam tu. Now lagi la, penuh ngan barang2 JJ, and my buku2 sekolah (student la katakan) hahaha. Yang I duk pakai skang ni pun dah koyak2 tapi I suka sebab ringan, so hentam pakai sampai lunyai la ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang JJ pun ada... memang btl poket doremon tu... tapi mmg senang buh je semua dlm 1 beg..

      Jenama mahal tu kot Nas...tu yg selesa pakai..

      Delete
    2. Hahaha kalau yang mahal selalu bling bling dia pun dah berat berkilo, tak kuasa I. Hak I duk guna ni beli 15euro jer, paling murah boleh dapat kat sini pun muahaha.

      Delete
  3. assalam AN..pegawai pompuan sorang di opis acik ni..kadang2 tu..bila nak ambik barang dari beg dia..macam2 ada..dia pun tak sedar bila anak dia masukkan katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... saya pun penah acik.. naim masukkan gula2 dia ke dlm hbeg..tgk2 dh berair kat dalam tu.. geram juga rasanya. Tapi dah mak yg tak sedar apa nak buat..salah sdiri..

      Delete
  4. Replies
    1. Haa..kena dgn biru pulak tu oklah kan..

      Delete
  5. kalau akakpun suka beg yang besar.. senang nak masukkan semuanya ke dalam tu

    ReplyDelete
  6. eh,orang tu dah ada shawl baru

    ReplyDelete
  7. I sebenarnya bercita2 nak pakai beg kecik Aisy, tapiiiiiiiii........
    mcm tak cukup pulak ruang nak sumbat segala benda..
    last2 hari ni TERnyoping sling bag yg boleh "muat anak kucing" ke dlmnya..
    just imagine, besar kan beg I?. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kucing mana ni sam? Beg saya sekarang ni pun ada yg boleh masuk anak kucing kecil..kalau beg sam muat anak kucing gebu baka kaxuk..mmg besaq tu. Haa... yg penting kita selesa pakai kan?

      Delete
  8. Untung la menantu dapat hand beg dari MIL.... boleh la buat gilir2...
    Honestly, saya suka hand beg kecil2 jer, cukup utk isi purse+handset... mmg tak suka galas beg yg besar+berat.... pernah hubby nak buat surprise suruh adiknya belikan beg, tapi terbeli yg besar gedabak... Alahai, serba salah dibuatnya.. kalau tak pakai, takut orang kata tak hargai... pakai la jugak sekali sekala nak ambil hati suami+adik ipar :)

    ReplyDelete
  9. Okje tak suka yg keciik sangat atau pun yg besar sangat....suka yg sedang sedang....itu pun dah berat dah AN
    ...rasa nak patah bahu!
    Okje tak suka warna biru.....rasa tak sesuai ngan kulit yg sawo matang ni....AN kulit cerah cantik le...pakai warna apa pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. okje ni.. malu saya.. idokla saya ni cerah cantik ... biasa je.. pakai beg pun nak sesuai dengan warna kulit? Saya belasah je..

      Delete
  10. Kalau jln jauh suka beg tgn besar sbb nak letak pampers tp susahnya nk cr hp, kunci, broach klu besar sgt. Handbag sy blh tikus buat sarang klu besar sgt. Hahaha

    Takat ni sy guna tiga handbag. Mmg mcm sarang tikus. Cuma ambik purse je yg lain minyak cap kapak mesti ada dlm tiap handbag, pad, tisu.. Ntah apa apa dlm tu. hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts