Posts

Showing posts with the label Resepi

Rupa je ada

Image
Kalau ilmu panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.... Ayam panggang harapan Kisah lauk berbuka puasa kami petang ni. Biasanya, kalau tak ada idea pun, dalam perjalanan balik saya dah terfikir apa nak dimasak untuk berbuka, tapi hari ini, sampai ke rumah pun tak ada idea. Suami saya pula, bila diminta buah fikiran, cadangannya kemain lagi. "buat ayam panggang berempah macam abah selalu buat di bulan puasa tu boleh?" Isteri solehah ni pun, cepat-cepatla mencongak bahan-bahan nak mengerjakan ayam tu.Tak yakin pula dengan ingatan sendiri, lantas saya telefon ke Kampung Tapah. Abah pun bagilah panduan. Bahan-bahan : Ayam Kerisik Santan *Bawang *Halia Serai *Rempah biji digoreng tanpa minyak dan kemudiannya ditumbuk Serbuk kunyit Cili kering yang dikisar Garam Air Menantu yang tak berapa cukup ilmu ni cepat-cepat letak telefon selepas saya ucapkan terima kasih. Bahan-bahan yang bertanda * saya tumbuk dahulu dan gaulkan dengan benda yang lain lalu ga...

Bila patin dimasak

Image
Sam minta resepi MIL , tak ada ya Sam. Sebelum ni saya masak ikut suka hati saya. Kalau biasanya terasa bosan makan dengan sup, tomyam, masak kicap atau taucu, saya akan masaklah tempoyak. Kononnya masakan mudah, sebab tak perlu ke kedai kalau nak masak tempoyak ni. Ikannya belasah je apa yang ada dalam peti sejuk tu. Ikut pembacaan saya, hilangkan bau ikan dengan tepung gandum. Lepas tu, masak. Semalam saya google resepi masak cara Pahang. Nak masak sedap macam yang dimakan di Temerloh tu kononnya. Tapi nampaknya beberapa blog yang saya baca tu ada kelainan juga. Jadi, saya pilih jelah mana yang saya rasa nak buat. Pastinya tak ada serai dan gula ya, selamanya saya memang letak serai dan gula.. hihi. Resepi semalam tu cukup mudah. 1. Bawang merah, kunyit hidup dan cili padi ditumbuk bersama. 2. Dah nampak hancur, gaulkan dengan tempoyak. 3. Masak tiga bahan tu dengan air sehingga mendidih dan sedikit pekat, ataupun ikut tahap yang korang suka, masukkan garam dan ikan....

Ayam masak taucu

Image
Makan malam kami semalam, saya buat ayam berkuah taucu. Resepi yang biasanya saya gunakan ikan nyok-nyok, semalam saya gunakan ayam sebab tak ada ikan dalam peti sejuk kami tapi terasa nak makan kuah taucu. Resepi keluarga mentua ni, berani menantu masak cara derhaka..hihi.. biasalah tu kan? Disebabkan dah rasa malas nak masak dicampur rasa jemu makan ayam bakar berempah sebanyak 3 kali dalam minggu ni. Jadi, saya terfikir resepi lain yang mudah dan sihat nak disediakan masa maghrib tu. Memang mudah pun, saya campak bawang putih, cili padi dan taucu yang ditumbuk ke dalam pemanggang ajaib. Masukkan ayam yang dipotong kecil . Kemudian, masukkan air masak sehingga tenggelam ayam tu. Akhir sekali masukkan serai yang diketuk. Dah nampak ayam nak masak, masukkan hirisan bawang besar dan air asam jawa. Siap. Nampaknya dalam minggu ni, 4 kali kami makan lauk utama yang tak bergoreng, sihat kan? Yalah sangat. Padahal sayurnya ada juga buat bergoreng, iaitu satu kali saya buat kailan ...

Menu istimewa untuk orang sakit

Image
Malam tadi saya masak koay teow kuah lada hitam yang diilhamkan dari blog Zilla . Tak rancang pun sebenarnya. Lepas baca entry terus dapat idea memandangkan Papa N demam sejak petang. Risau tu suami demam tiba-tiba. Balik kerja pun awal tadi. Lagi-lagi di saat yang dah tak berapa lama lagi kami nak balik kampung. Mana boleh tu, nanti takkan kena batalkan pula rancangan kami nak balik kampung esok ni. Tak boleh, tak nak! Saya siap melawak nak belanja makan makanan barat lagi tadi. Papa N cakap, tak apalah, lain kali je sebab rasa tak larat sangat. Adui, makin risaulah. Bila ditanya ada dapat MC ke tak, dia jawab tak dapat. Jadi, ni maknanya taklah demam teruk. Jadi saya masaklah koay teow ni  untuk menaikkan selera orang demam ni. Kalau kita demam pun kita mesti nak makan makanan yang ringan tapi masam-masam sikit. Korang sama tak? Jangan tengok rupa, rasanya yang penting Nampak macam sup sayur je kan? koay teow tenggelam di sebalik sayur mayur yang ada. Maklumlah...

Ayam penyet home made

Image
Tengah hari ni kami makan nasi dengan ayam penyet dimasak sendiri oleh chef dari Medan, Indonesia.. Dapatlah saya belajar sikit cara nak membuatnya. Ini yang nak dikongsikan ni. Bahan perapan ayam bawang putih bawang merah halia serai masako( kiub pati daging) kunyit hidup sambal  bawang besar bawang putih cili padi merah cili merah Tomato Ikan bilis belacan gula melaka/ gula kabung cuka Garam bahan perasa Cara memasak: 1. Mula-mula kisar semua bahan kisar sehingga lumat dan perapkan ayam. Sementara menunggu ayam sedang sebati dengan bahan perapannya, kita boleh sediakan sambal dahulu. 2. Gorengkan ikan bilis sehingga garing. 3. Gorengkan bawang, cili padi, cili merah dan tomato sehingga masak. 4. Tambahkan belacan bakar ke dalam kuali. Goreng lagi untuk beberapa minit kemudian tutupkan api. 5. Masukkan semua bahan yang digoreng tadi, termasuk ikan bilis dan juga minyak menggoreng tersebut ke dalam blender d...

Sudah setahun berlalu

Image
Mengambil kesempatan sementara anak-anak tengah bermain dengan pengawasan papanya, bolehlah saya update blog. Gigih saya nak siapkan entry ni kerana tarikh hijrah yang sangat bermakna kepada saya. Esok dah masuk hari ke 16 kita berpuasa. Rasanya cepat sangat setahun ni berlalu. Melihat Nazif yang semakin membesar ni, saya rasa seronok sangat. Saya masih teringat lagi detik yang sama macam sekarang ni pada tahun lepas saya yang tengah menonton tv, mula rasa lain macam. Pada masa tu, iaitu malam menjelang 5.8.2012, saya cuma dapat tidur sekejap sahaja sebelum mula merasa sakit bersalin. Pengalaman bersalin kali kedua ni saya pernah ceritakan di sini . Tak sangka Allah panjangkan usia saya dan anak saya ni setahun lagi. Kini detik 16 Ramadan kembali lagi. Mulanya saya ingatkan saya akan bersalin tepat pada tarikh jangkaan, namun belum juga Nazif nak keluar pada tarikh 5.8 tu. Esoknya pula hari Nuzul Quran. Masa tu masih lagi mengharap Nazif cepat keluar, namun akhirnya Allah takdir...

Buat tergesa-gesa : Kerabu rumpai laut

Terpengaruh dengan seorang rakan, balik semalam saya terus rendam rumpai laut yang dah beberapa bulan ada dalam peti sejuk kat rumah. Kisahnya rumpai laut ni MIL saya bawa untuk anaknya. Beriya suruh anaknya minum air untuk kurangkan kesan tumit kaki pecah. Menantu yang tumit tak pecah ni tak kacaulah sebab  tak berkenaan kes. Memandangkan orang tu bukan nak minum pun air yang masih ada, jadi elok rumpai kering ni saya ambil sikit, kan? Tadi di sekolah, saya bagi sms kepada suami suruh dia belikan kelapa parut dan bunga kantan. Jadi balik je tadi, sambil tunggu ayam belado masak, saya sediakan bahan untuk buat kerabu ni. Basuh berkali-kali rumpai ni untuk hilangkan baunya. Risau juga, seharian puasa ni kot makan benda yang berbau hanyir jadi tak lalu pula. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Harum bunga kantan, lemak kelapa goreng, masam air limau nipis, pedas cili potong dan garam mencukupkan rasa. Saya rujuk resepi blog Cik Intan Berlian , tapi jadi resepi derhaka ...

Bau macam bulan puasa

Image
Kelakar betul dengar ungkapan macam tu kan? Baru bulan April ni. Lagi-lagi yang cakap tu, Papa Naim yang bukannya budak-budak lagi.. Bukan apa, nak tunjukkan yang dia seronok sangat. Hari ni Atuk (abahnya) memasak makanan yang menggunakan resepi keluarga yang katanya selalunya lauk ni akan dimasak pada bulan puasa. Rasanya ni kali pertama saya merasa lauk ni sejak empat tahun masuk keluarga ni.. Semasa dalam proses masak Hasilnya yang siap masak Nampak menarik tak? Lauk ayam panggang berempah resepi FIL saya ni jenis panggang yang berkuah.. Seronok belajar resepi baru hari ni... Korang kalau masak waktu mentua ada masak macam mana ye? Kalau saya, selalunya akan masak yang simple je mana yang saya tahu...eh memang tak berapa pandai masak yang gempak pun. Lagi, saya takkan ambil risiko masak makanan yang mentua biasa masak...ada sebabnya.. Walaupun diorang, terutamanya abah tak komen secara langsung, ada masanya dia secara tak langsung tanya pasal teknik dan bahan yang...

Resepi Sizzling Yee Mee kegemaran famili saya

Image
ulang tayang gambar yee mee yang dimasak Ahad lalu. Kali ni saya nak berkongsi resepi  sizzling yee mee seperti yang saya ceritakan dalam entry yang lalu. Sizzling yee mee versi keluarga saya terdiri daripada tiga proses. Tak payah cakap banyak, kita tengok bahan- bahan dulu ye. Bahan untuk stok:  Tulang ayam  Lobak Merah 1 batang  Leek 1 batang  Saderi 1 Batang  Air 2 liter  4 jenis rempah sup cina( sebanyak segenggam) remaph sup cina boleh dibeli di kedai herba Kuah yang sedap akan terhasil dengan air stok yang sesuai. Air stok ni disediakan dengan mereneh semua bahan yang dinyatakan selama tiga jam dengan api kecil. Kalau nak sediakan air stok ni awal pun juga boleh. Setelah tiga jam dimasak, air rebusan perlu ditapis dan hanya air yang disimpan untuk membuat kuah yee mee. Walaupun tiga jam macam lama, tapi sebenarnya proses ni  tak rumit pun, korang boleh setkan jam untuk menutup api di dapur selepas tiga jam. Bahan ...