Lewat malam

Dah lewat malam tapi masih lagi berjaga untuk urusan pbs..Sementara menunggu ni bolehla taip entry baru kan?

Alhamdulillah dah berakhir sesi persekolahan tahun 2013. Alhamdulillah juga kerja yang melibatkan murid sempat saya siapkan petang semalam. Kerja lain yang tak kena ada murid padahal banyak lagi, tapi kira boleh pelan-pelan usahakan nanti. Haha..

Perhimpunan terakhir, banyak pesanan diberikan, tapi murid nampaknya semua dah berada dalam mood bercuti.

Wajah-wajah yang bakal dirindui. Bukan ni je, tapi ramai lagi, cuma sempat ambil gambar dengan diorang je semalam. 

Seronok sangat Zilla ni nak cuti ye, balik pun tak sempat salam. Selalunya rakan sebelah saya ni, memang dirindui. Banyak perkara yang kami konsi bersama. Kerja sekolah, hal anak-anak dan macam-macamlah kami ni sembangkan bila duduk bersama.  Harapnya panjang umur untuk diketemukan lagi nanti..

...........................................

Sempat taip entry sementara buat kemasukan prestasi dalam sistem pbs yang sopan santun. Ni, pembantu dan peneman mama buat kerja malam ni. Macam macam Nazif main dalam tiga jam ni..Abis alat tulis mama jadi umpan. Dah bosan agaknya dia menunggu mama buat kerja..

Comments

  1. muka happy jer nak bercuti lama.. happy holiday AN :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... mesti happy xpayah jumpa budak nakal sebulan ni

      Delete
  2. Hihi..cuti mmg seronok..tambah seronok klu dah bebas dari semua kerja buat sementara kan!tapi mustahil..in shaa Allah panjang umur jumpa lagi..Salam pbs..ahaks!

    ReplyDelete
  3. akakpun nak cuti juga, huwaaaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sedih kak..akak banyak kerja, banyaj pahala tu

      Delete
  4. Alahai siannya cikgu ....kena Q yeh AN nak masukkan markah murid murid....tak pelah....pahala banyak tu, lagi pun kan ada peneman yg setia menunggu hehe.....
    Mana duduknya cikgu zilla tu AN.....bukan area KL ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. kan dah kena gelak dgn okje.. zilla ni bukan duk jauh pun okje, duk shah alam je.. sempat laung pun kalau nak.. saja je buat ayat merindu, geng menyibuk ni.. ada masanya tak jumpa sehari pun rasa banyak tak terluah.. haa...

      Delete
  5. Dia tak kacau mama tiga jam tu xpe la. Main lah apa nak main pun. Asal tak bahaya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pantau dia.. maklumla siput ni bukan laju.. sempat saya main2 dgn nazif...

      Delete
  6. malam start cuti skolah riuh rendah luar rumah dgn suara budak2 bermain smpai lewat malam.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke.. sini sunyi je dua malam ni.. agknya balik kg kot..ke berjalan..

      Delete
  7. nazif menyibuk cmna pun tetap comel..nk cuti pun kerja melimpah ye.dh la line sopan santun...sapa kata sng jadik cikgu.hehe

    ReplyDelete
  8. semua mmg tak fikir lain, fikir cuti jer :D bagusnya nazif sampai tiga jam bertapa tunggu mama, good boy sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good boy yg dh tido magrib.. bila bangun dia dh tak nak tdo lg.. tu yg akhirnya nazi tdo hampir kul 2

      Delete
  9. Selamat bercuti. Seronokkan. ..kan...hihi

    ReplyDelete
  10. Selamat bercuti panjang. Mesti cikgu-cikgu pun terover excited ni nak cuti, kita tumpang excited ajelah. Cuti pun dah sifar. Kalau nak ikut cuti sekali, kita tolak gaji ajelah siap-siap. Tapi bukan ke cikgu sekarang walaupun bercuti still ada masanya kena gi sekolah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. betul MD.. mmg kena juga ke sekolah walaupun cuti.. tapi tak stress macam hari biasalah.. tak ada murid, pergi untuk buat kerja kerja on paper dan apa2 lain yang patut.. tadi pun, penuh bilik guru dengan cikgu2 datang buat kerja

      Delete
  11. Lama tak jenguk sini, blog superb cantik :D

    ReplyDelete
  12. best dapat cuti lama yea. tapi cikgu ni cuti2 pun still gak tercongok kat sekolah. teringat la masa ma jadi nik jadi cikgu dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1