Kasut wakata

Sebelum ni, si kecil ni suka betul pakai selipar atau kasut abang Naim. Jadi masa saya ke GM Klang hari tu, saya belikan selipar bergambar minion ni untuk Nazif. Agaknya dia tak teruja untuk pakai kasut yang ada sebelum ni sebab tak cantik kot..

Selipar baru Nazif ni Naim sebut 'kasut wakata'. Minion dia kenal dalam permainan dalam ipad tu kan banyak kali sebut wakata, jadi dia panggil benda ni wakata.

Sejak Nazif asyik nak berkepit je dengan mama ni, selipar ni antara benda yang boleh alihkan perhatian Nazif. Bila dia meraung nak saya dukung, cepat cepat saya pakaikan selipar ni, maka dapatlah Nazif ni main dan jalan jalan dengan bebas tanpa nak bergayut dengan mamanya. Kalau kena masanya, dapatla mama relax sementara Nazif jalan jalan ke sana sini dengan seliparnya. Dalam rumah pun berselipar dik, bukan budaya orang Melayu ni..ai..

Seronok dia jalan jalan dengan pakai selipar ni. Di usia macam ni budak dah minat kartun ke? Ke dia suka warnanya.. entahla. 

Nazif pakai selipar dalam rumah ni, jaga tumit ke? Haaa...

Comments

  1. fyah pon ada beli selipar sebijik cam nazif punya 2 bln lps.. tp fyah punya warna merahc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak budak suka nampaknya selipar ni..naim pun cuba nak pakai masa mula2 bawa balik tu..

      Delete
  2. Comelnya selipar nazif. Dia pakai dln rumah sbb excited kot. Hehe... Aimy pn ada selipar jenis mcm ni, skg ni selipar tu dok dlm blk air sbb aimy nk pakai selipar dlm blk air. Tp da x muat, aimy da besar, ibu plk mls beli yg baru. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknyalah kan...nak cakap excited dia tak pandai lagi.. jadi dia tunjukkan gitu

      Delete
  3. Dah tua nscam acik ni..kena pakai selipar kain dalam rumah AN..kot tak..tumik acik sakit.tak tahan simen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk kesihatan tak pe acik.. haa.. nazif takkan jaga tumit kot?

      Delete
  4. Kalau depa dah biasa tengok katun tu, harus la jadi minat walaupun buruk macam gang sesame street tu. JJ panggil minion ni "babadudu" sebab lagu banana yg dorang nyanyi hihi. takpa la berselipar dalam umah kejap, jadikan selipar umah jaga tumit takut pecah2 yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. babadudu ye.. lagi canggih tu.. memang keturunan orang kelate JJ ni..

      Delete
  5. mcm budak baru dpt kaki , excited mmg x nak berhenti jalan ...

    ReplyDelete
  6. haha..comynyer dia bg nama minion ..igtkan apa la tadi wakata...
    asya pon minat giler dgn minion ni..ade gak sliper minion..siaplmpu lip lap lg

    ReplyDelete
  7. Kalau dapat kat baby Misha ni mesti diapon sama usung sana sini... hehehe

    ReplyDelete
  8. yg kat rumah tu pun duk 'gila' minnion
    citer tu ulang 14kali sehari.download kat usb

    ReplyDelete
  9. Hheee, peminat minion kot tu yg sayang dengan kasut tu :D

    ReplyDelete
  10. Alahai comelnya tengok nazif jalan pakai selipar baru..tu la kan budak kecik cmni pun ada taste jangan mama tak tahu

    ReplyDelete
  11. Cumil je:) masa ank2 besar gini seronok beli kasut sbb comel2 je rupa dia

    ReplyDelete
  12. Yang tua ni kalau dapat kasut baru pun bukan main lagi trynya AN ... inikan dak Nazif...ada gambar kartun pulak tu haruslah teruja banget hehe...
    Mama pun senang le tak yah nak mengelekkan...

    ReplyDelete
  13. selesa agaknya nazif pakai kasut tu,mcm adrien pun suka pakai kasut yg mcm tu..

    ReplyDelete
  14. hehehe comel je bila nazif pakai dikaki dier tu ..

    ReplyDelete
  15. Kasut wakata... hehehe... boleh buat penjenamaan semula kasut ni. Elok juga boleh alihkan pandangannya sesekali daripada dok bergayut ngan mak aje. Kat rumah tu pun bukan main banyak kasut wakata ni...asyik kena buang dalam tong sampah aje oleh si Adik. Mungkin dia fikir kasut ni kasut pakai buang. Lepas pakai baling masuk tong sampah! Tension betul!

    ReplyDelete
  16. Seronoknya berjln ye... ada gaya moon walk tak? Ke dah steady meady =)

    Sekarang trend minion. Semua benda minion. Comel kan wakata ni

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1