Life guard tak bertauliah

Belum lagi petang, dua beradik ni dah mula panas punggung duduk dalam rumah. Sekejap yang besar meragam, lepas tu yang kecil pulak yang sambung meragam. Adoi, haru rasanya.. kus semangat mama. Urut dada.. istighfar.. haa.. budak-budak ni memang mudah bosan, lagi-lagi kalau jenis budak aktif macam Nazif dan Naim ni.

Tak disangka betul, mudah je nak ubati diorang ni. Di saat saya pasangkan lagu kanak-kanak untuk melekakan Nazif, tiba-tiba Naim ajak main kat luar rumah. Ikutkan jelah, daripada diorang ni buat hal. Lagipun pagar tertutup, mudah je nak pantau.

Jadi mama macam nilah. Duduk bertenggek kat depan pintu sambil tengok diorang ni main. Semangat Naim nak main kat luar, mula-mula dia main dengan penyapu, kononnya sapu sampah. Sampaikan kereta mama pun dia sapu dengan penyapu. Naim cuci car mama, katanya.

Sekarang ni tengah main dengan air. Naim angkut sendiri kolam dari dalam bilik, lepas diisikan air, mainlah dia dengan kolam yang air sikit tu. Mama malas nak isikan air banyak-banyak. Setakat buku lali Nazif ni pun Naim dah cukup gembira dah dapat berkuak lentang. Cukupla dia mandikan kereta mainan dia kat dalam tu.

Adik pula macam pembantu mama. Main air sikit, jalan sana jalan sini sikit dan datang buat laporan.

Life guard tak ada syif..penat weh.. bila nak abis main kat luar ni..

Comments

  1. seronok ye dua beradik tu buli mama time mama dorang cuti ni ye...mana gambar naim main air tu,mesti suka sgt dia ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Life guard kan.. tak sempat nk ambil gambo.. asyik kena sembur air dengan anak2 je..

      Delete
  2. AN.. teringat la pulak masa hero bongsu acik kecik dulu..dia boleh ambik cuci periuk yang kasar tu..pi cuci kereta ayahnya..lepas tu siap bagi tau..adik dah basuh kete ayah..sekali acik pi tengok..calar balar dah ketenya hi hi..sabo je la..ada anak kecik cam tula kan AN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa... rajin n kreatif mainan budak2 ni kan acik.. tak sangka depa ni ...saya yg duk pantau diorang main tadi pun asyik jerit3 je..bila dpat main..bukan diorang nak hirau sangat pun

      Delete
  3. Hihi bijak bijak ;) time cuti ni le blh tgk kan

    ReplyDelete
  4. hahaha mesti comel sgt kan budak berdua ni !

    ReplyDelete
  5. esok blk kampung ke?selamat jalan.

    ReplyDelete
  6. makin panjang akal Nazif dan Naim bila mama cuti… seronok la ada mama yg suka melayan… best kan dapat spend masa berkualiti dgn anak2?

    ReplyDelete
  7. ha ok la tu pandai layan diri depa tau apa nak main, tunggu green light jer. Still much easier kan dari depa kang menangis tak berlagu nak berdukung beriba, haaa baru mama dia meraung tempoyak hehehe.

    ReplyDelete
  8. Itu kira ok lg Aisy sbb kat depan rumah, I pulak paling tensen
    klu jd "life guard" kat tepi swimming pool... pastu diorang merengek nak
    join abah diorang terjun kat tempat org dewasa. Boleh sakit jantung Mama
    dia dibuatnya.

    ReplyDelete
  9. budak2 ni mmg kalo dok umah semate cepat boring...at least dpt main kat luar pun jadi laaaa heheheeheh....lagi2 dpt main air kan...isi air dlm pool cetek2 ...bagi dieorg main ...hepi laa dieorg heheheheheeh.....

    ReplyDelete
  10. Jadi mak serba boleh memang macam nilah, AN. Sesekali jadi life guard ok juga, penatkan jadi cikgu :D Budak-budak lelaki ni kalau mereka tak terkinja-kinja, hyperactive 24-7, maknanya tak sihatlah tu...

    ReplyDelete
  11. Hahahaha~ Diorang bosan, tu yg meragamlah cikgu. Siannya. Kite ni sbg mommy, layankan jelah. Tapikan cikgu, sy rela penat jaga anak2 dari stress ngadap keje kat opis ni. Hahahahah!

    Comellah bc entri ni. Napelah cikgu tak amek gamba diorang?

    ReplyDelete
  12. ha ah tulah dia...diorg cuti...kita ni tak cuti2...

    ReplyDelete
  13. akakpun kesian kat budak2 ni, terperuk jer di dalam rumah, lama daa cuti sekolah tapi si ibu gak yang tak sempat nak bercuti..

    ReplyDelete
  14. haha ok la tu mama kan tgh cuti..layankan je la budak berdua ni..nk lagi best mama join sekali kuak lentang dalam kolam..:)

    ReplyDelete
  15. Memang kena buli teruk nampaknya lifeguard tak bertauliah ni hehe....
    Sabar aje le AN....hehe....putera putera raja nak ambik angin luar tu ...Papa N ada tak?

    ReplyDelete
  16. Seronok kan boleh mandi pool luar rumah. Kami ni, dalam rumah aje. Rumah tak bertanah, mcm inilah.

    Adik mandi dalam bath tub baby. Abang dalam bath tub. Sampai bil letrik bil air, rasa nak pengsan. Huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1