Satu lagi hari untuk anak-anak

Lega betul bila kerja siput dah siap. Dah dua hari dapat keluar tanpa fikirkan masalah kerja. Hari ni kami jadikan hari bersama dengan anak anak.
Mula-mula tadi kami pergi ke Karnival BSP. Karnival untuk eratkan hubungan komuniti Bandar Saujana Putra ni. Boleh tahan juga kemeriahan karnival ni. Tapi kami tak duduk lama pun, sekali jeling je dah balik. Orang ramai, cuaca panas walaupun pukul 10.30 am baru dan bunyi muzik yang dipasang kuat sangat. Naim siap tutup telinga lagi tadi. Makanya, cepat-cepat kami jalan kaki balik ke rumah.
Sikit je gambar sebab kami ronda pun kejap je.  Tiga red worriors pun tak selesa, kita balik jelah..

Kemudian, saya fikir bolehla balik sambung tidur. Haa..memang tak leh tahan. Terus Papa N kasi nasihat. Daripada tidur, kan lagi elok bawa anak-anak ke tempat yang menggembirakan dia. Betul juga tu, maka kami pun pergi ke Aeon. Memang tujuan tercapai hari ni. Tak ada sesi beli belah. Semata mata bawa Naim dan Nazif main-main di tempat mainan kanak-kanak ni.

Berbaloi RM 20 tadi. Budak berdua ni main sampai letih dan bila diajak balik tak ada membantah pun.
Walaupun ikutkan tak boleh bawa masuk makanan luar, tapi bila tengok ramai je yang bawa makanan, Papa N keluarkan keledek bakar dan dua beradik ni semakin seronok main sambil makan.

Makan dengan nikmat..siapa lagi kalau bukan Ahmad Nazif. Budak yang mudah makan memang jarang nangis, kan? Sekali sekala Nazif menangis tu yang mama jadi panik.

Gaya orang letih lepas main sepuas hati. Minum air sambil bersandar tu. Hai Nazif ni, memang buat orang gelak je..

Comments

  1. ha tu dia, kasi depa pulun main sepuasnya, sampai takder daya dah. malam nnt confirm tidur tak bergerak ni, tak pun ngigau2 melompat gembira hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidur tk bergerak tu betul...mmg ya. mulanya ingatkan Naim akan tidur awal, tapi tidak, hampir pukul 12 mlm juga dia lena.. kuat betul budak2 ni.. Dah la balik rumah petang semalam bagi dia main air dengan kolam kecil kat depan rumah pun dia main sejam... mmg tak reti penat diorang ni...

      Delete
  2. Tak susah nak buat anak-anak happy… kita pun seronok dapat luang masa bersama mereka dgn aktiviti yg anak2 suka, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. tak payah kita nk pujuk dengan hadiah mahal pun

      Delete
  3. seronok kan bebudak kalau gi tempat gini :)

    ReplyDelete
  4. Seronoknye...teruja kalau cik bieha nmpak ni. Mau puas nk ajak balik...hehehe

    ReplyDelete
  5. karnival cmni mana la best bawak budak kecik.tmpt main kt aeon baru kena..budak2 mmg suka la..bgusnaim n nazif ajak balik terus setuju..betul2 puas main

    ReplyDelete
  6. betoi kalau dah bayo mahal2 memang tak boleh kejapjer.. mesti duk lama2.. baru puas hati...

    ReplyDelete
  7. wah seronok la naim dan nazif dapat bermain ya...

    ReplyDelete
  8. Baru betul-betul puas Aisy sampai bila ajak balik dah tak membantah. Kalau tak puas mesti tak mahu balik lagi kan.. Sementara cuti sekolah mama tak mengajar oklah... bila lagi kan:)

    ReplyDelete
  9. Best jugak aktiviti mcm ni eh cikgu? Bwk anak main2 kat indoor playground mcm ni smpi die penat. Tapi sy tgk Aydin tu, tak pnh kenal erti penatlah. Kalau boleh, nak main sehari suntuk. bahaya bwk die ke tmpt mcm nie. Huhuhuhu....

    Keje2 cikgu dah setel ke semuanya? Moga semuanya beres. Pas ni ley cuti dgn senang hari.

    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah macam dh siap kejenya.. haa.. ada la sikit2 lagi yg tak penting tu..

      Delete
  10. bestkan bila dpt habiskan masa dgn keluarga.. selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  11. Satu nikmat terbesar utk seorang career woman bila menjalani cuti2 pjg
    sebegini kan?. Happy holiday Aisy!!.

    ReplyDelete
  12. meriah la awak...lieya dah lame tak pi karnival2 nieh...tak mo berpanas pun yeak...tapi skrang kan cuace redup2 jek...seronok gak kalo dpt gi time cuaca tak panas kan....yg pasti budak2 laa seronok sebab banyak aktiviti tuk dieorg kan....

    ReplyDelete
  13. Mama dan papa malam ni boleh buat party le sebab Nazif dan Naim dah penat main sure balik ni tidur tak sedar diri sampai pagi hehe...Tak gitu mama?

    ReplyDelete
  14. seronokla main2 tu kan..
    dh byr mahal2 kna la main lama2 smpai puas kan.. bru bbaloi

    ReplyDelete
  15. Hah, salutelah spent RM20 aje untuk anak-anak. Memang tak membazir. Lagipun bapaknya ada, jadi kenalah berjimat cermat depan suami, ya tak? Kesiankan budak-budak tengah cuti sekolah camni (walaupun mereka tak sekolah) tak berjalan ke mana-mana. Ni tengah fikir nak ke mana weekend ni....pening jap!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1