Mengeteh

Tensen dengan sistem PBS punya pasal, setelah beberapa kali sistem ni asyik minta kata laluan setiap kali nak kemaskini dan lambat sangat tempoh loading setiap kali sesuatu urusan tu, saya masuk dapur buat teh tarik.

Pastinya kurang manis. Dah lewat ni kan? Tak sesuai makan apa-apa sekali pun. Teringat pula nasihat ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi.. Apa sahaja yang nak dimakan perlulah ikut sunnah Nabi, baru kesihatan terjaga..  Kalau cakap pasal makan ni, nampaknya ayah saya memang jaga cara makan. Memang ikut sunnah Nabi. Beliau akan makan makanan yang paling dekat dengannya dulu dan takkan makan banyak jenis makanan sekali gus. Pernah ayah dijemput ke tiga majlis pada satu malam yang sama. Kami ingatkan ayah balik dengan perut penuh isi. Tapi korang tahu? Bila ditanya ayah bagitau yang di rumah pertama je beliau makan, di tempat yang seterusnya ayah dah tak makan apa-apa sebab tak nak terlalu kenyang. Tahu lauk apa yang dimakan? Nasi dengan pajeri nenas sahaja. Alasannya pajeri tu terletak berdekatan dengan tempat duduk ayah saya pada masa tu...saya? Tak insaf betul lagi...
kalau terhidang beberapa jenis makanan, kuat ke iman untuk hanya makan sejenis sahaja? 

Comments

  1. Saya makan semua yg saya suka. Tapi, ambil sikit2. Hasilnya, tetap kenyang la dgn pelbagai menu =)

    ReplyDelete
  2. hehe...OKje pun tak kuat iman kalau bab makan ni An hehe... kalau ada 3 jemputan 3 -3 rumah OKje belasah rasa hehe...
    Orang tua mmg cam tu kot AN disamping sunnah selera mereka pun mmg dah kurang!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?