Hari Sabtu kami

Sabtu datang lagi. Korang pergi mana, buat apa hari ni? Hari ni, saya bangun awal sebab kena menghadiri satu kursus di Bandar Kinrara. Mengantuk betul semasa hadiri kursus ni tadi. Penceramahnya pula agak tak menyenangkan hati. Sabar ajelah.. Demi kerja, kenalah tempuh juga.

Balik rumah jugalah saat yang paling menggembirakan hati. Dapatlah merehatkan badan yang letih ni. Tambahan lagi, masa saya sampai tadi, Nazif tengah tidur, saya pun ambil peluang nak baring juga! Syoknya. 

                                  

Lewat petang pula kami ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Kak Ngah dan suami malam ni akan berangkat untuk mengerjakan haji, jadi kami pergilah untuk menghantar. Lagipun bukan jauh pun BSP ke Kelana Jaya. Pada masa yang sama juga, Kak Ja saya turut datang sama. Dia bawa sekali anak Kak Ngah yang belajar di Kampung Pandan, Mohd Amin. Nampak rileks je Amin ni tadi, padahal ni baru kali pertama mak dia nak pergi buat haji. Budak lelaki kot, lain cara tunjukkan emosinya. Kalau saya agaknya dah meleleh air mata sedih ni. Ai, saya ni, kalau pasal orang ke Mekah memang saya selalu rasa sedih. Mak saya pergi beberapa kali, termasuk masa saya dah ada anak ni pun, saya memang rasa sedih sayu. Malah, masa mak mentua saya pergi ke Mekah tahun lepas pun saya rasa sedih juga. Pada hal, kalau MIL pergi ke tempat lain, saya tak rasa sedih pun. Haha, macam-macam lah saya ni. Apa yang penting sempat saya minta akak saya doakan saya sentiasa sihat, tenang dan cepat diberi seruan haji juga. Mudah-mudah, kan?

Melihat reaksi Amin,, saya teringat pula, kali pertama mak saya pergi ke Mekah adalah pada ketika saya berusia 9 tahun. Dalam ingatan saya, pada masa tu, saya dan adik yang berusia 7 tahun tinggal dengan Kak Bi yang berusia 17 tahun. Yang saya masih ingat lagi sampai sekarang ialah, sepanjang 40 hari lebih kurang, masa mak ayah di Mekah tu, Kak Bi masakkan kami nasi dengan sambal ikan bilis dan telur goreng je. Rasanya memang tak ada menu yang lain. Pada masa tu, rasa sedihlah, kan? Lagipun, hairan juga sambal ikan bilis akak saya ni, dia ada masukkan belacan. Saya dan adik pada masa tu cukup tak suka bila tergigit belacan. Maklumlah di usia anak-anak lagi masa tu, budak kecil mana suka makan belacan... Sekarang bila terkenangkan semula kisah tu, rasa bangga pula ada kakak yang masih muda pada masa tu yang jaga kami dua beradik dengan baik sepanjang tempoh mak ayah mengerjakan haji. Tidaklah pula kami kelaparan atau kebuluran jadinya. Padahal, antara kami berlima yang adik beradik perempuan, Bi nilah yang paling tak suka buat kerja masak.. Boleh pula dia masakkan untuk kami pada masa tu. Terima kasih Bi.

Balik dari Kelana Jaya tu, kami singgah di Seksyen 7, Shah Alam untuk makan malam. Malas nak balik masak dan nak tukar selera sekali sekala. Pilihan kami....Makan makanan barat di Restoran Big Brother. Salah satu menu kami tadi, Big Brother Combo Set, memang sedap dan sesuai untuk orang lapar. Ada kambing, ayam dan ikan sekali.

                               
 Makan dengan dua anak kecil ni,  memang mencabar betul. Mak pak bergilir makan pun anak-anak macam-macam ragam lagi. Riuh Naim berlari sambil menjerit seronok bila bermain dengan belon Hello Kitty ni. Ye, belon pink jadi pilihan Naim. Berkali-kali dia jerit 'seronoknya' semasa main dengan belon tu. Tidak dihairankan pun bila orang lain tengok dia menjerit tu. Naim buat muka biasa je.

                               
     
Masa dah balik ke rumah pun, beriya iya lagi Naim main dengan belon Hello Kitty ni. Ada satu kejadian tiba tiba tadi, belon tu terputus talinya lalu naik ke atas sehingga terkena kipas. Dengan terkejut dan takutnya, Naim menangis sampai menggigil tadi, kesian dia...Mujur belon tak pecah, esok boleh Naim sambung main lagi ye...

Nampaknya begitulah berakhirnya hari Sabtu kami. Tinggal esok sehari je untuk berehat, nati lusa dah mula kerja lagi...apa, apa pun, Semoga kakak dan suami dapat haji yang mabrur serta selamat pulang nanti.

Comments

  1. Biasanya org yg nk g haji teruja kita yg tinggal ni mesti rasa sedih dan sayu

    ReplyDelete
  2. baca entry ni terinagt pulak masa ma dan ayah nik ke mekah. kena tinggal duk ngan akak jugak.

    mencabar jugak la. dah la kena bangun awal pagi , balik lak lewat sebab akak masa tu praktikal sampai petang.

    ReplyDelete
  3. full jadual sabtu akak ye..
    comel belon pink..hihi

    ReplyDelete
  4. Okje lagi teruk...bukan setakat menghantar je nangis, kadang tu mengambik pun nangis jugak hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts