Anakku makan apalah?

Mak makan sedap ni, apalah agaknya Naim makan tengah hari ni. Hihi. Tayang menu tengah hari saya pulak. Bagi saya sedap dah ni. Tiga ekor udang dengan sambal ikan bilis. Ikan bilis di kedai A. Hassan ni memang kegemaran saya setiap kali saya pergi. Udang tu pula, asalnya tak ada dalam perancangan tapi terbeli sebab tertarik apabila anak rakan yang tengah makan kat situ dapat habiskan 10 ekor tadi. Ai, Haikal, sebab awak mak cik makan udang arini. Entah gatal tak nanti? Spesis alergik ni nak juga makan makanan laut ye..

Naim semalam tak makan nasi di taska. Selalunya bila saya tanya, Naim akan jawab dia makan nasi dengan ayam atau ikan atau sayur. Semalam mamanya tanya tiga kali di lokasi dan masa yang berlainan pun dia tetap cakap yang dia tak makan nasi. Dahla kalau kat rumah, sememangnya payah Naim nak makan nasi. Sedih rasanya. Mungkin juga sebab pada minggu ni sebelum dihantar ke taska pada pukul 10 pagi, Naim dan kenyang makan kerepok. Dia beriya minta mamanya masak, jadi terpaksa juga bagi dia makan kerepok.

Nasib anak dijaga di taska macam tulah. Kalau masa sepatutnya makan tu tak makan, tentunya tak makan. Saya pun faham yang kat sana ramai lagi anak anak yang nak dijaga, taklah dapat nak bagi tumpuan sepenuhnya kepada anak kita seorang..

Comments

  1. emmm terliurnya tgk udang,akak alergik jugak pada udang tp kdg2 terbabas jugak...pastu siap tergaru2 la..

    ReplyDelete
  2. naluri seorang ibu.buat apa pun ingat anak..huhu

    ReplyDelete
  3. Owh... siannya. Bekalkan naim biskut ke. Kurang2 xde la lapar sgt. Tp, biskut pun bukan boleh makan suka2. Ptg nak balik baru boleh rasanya

    ReplyDelete
  4. An...walaupun gitu je tapi nampak sedaplah...serious... OKje pun berselera tu hehe...OKje habiskan lauk semalam je tengahari ni...Berapa RM tu kalau mcm tu sekarang ni...
    Maklum le lama tak membeli nasi campur dengan udang gitu hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnye udang tu ...terliur tgk hah...

    betul2, lieya pun selalu tertanye dayyan kat taska ni mkn ke tak...bile balik dari taska die berak tu lega laa lieya, maknenye die mkn byk laa tadi kat taska heheheeheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..betul juga tu..kalau dah berak tu maknanya dah makan kan?..

      Delete
  6. Owhhh si JJ ni pun sama la, cikgu dia bagitau hari tu dia tak nak makan, so I bekalkan something else for her in case dia still tak suka makanan kat school (gedik sangat kan) and last week selalu balik umah terus capai pinggan makan macam orang kebulur, but this week langsung tak nak makan. I kat umah makan nasi ngan budu jer sebab tak sampai hati nak makan sedap2 sorang2 huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai... itu ciri ciri mama yang baik.. jj belajar kat depan rumah je tu..boleh kurus nas kalau macam tu..

      Delete
    2. Hehehehe masa awal2 dia sekolah I dah naik berat badan, now nak kena mantain takmo kang terlebih2 pulak beratnya. Makan nasi ngan budu bahaya okeh, sedar tak sedar seperiuk nasi boleh habis sekali santap.

      Delete
  7. Terliurnya I tengok sambal ikan bilis tu Aisy....
    I arini dah la tak masak..... tak sihat.
    I ajak bebudak makan kat luar je, balik rasa lapar lg tengok menu u tu.

    ReplyDelete
  8. hurm gitulah dikk
    biasanya di taska nie .. kita nampak ok .. apa yg anak2 makan dan macam mana mereka jaga wallahualam .. kita kenalah yakin dan percaya .. doa selalu kan ..

    bab makan di taska nie selalu jadi masalah , macam kes zahrien dulu dia selalu lapar bila balik .. tapi bila tanye cikgu , dah kasi makan .. bila sek pun sama .. baru tahu anak akak nie kuat makan ekkee ;)

    wahhh2 terliur nasi lemak udang tuu .. hurmmm mahal tak ?

    ReplyDelete
  9. Ya Allah..terliur sungguh tgk..pepagi nih..sedp tuh tp udang xboleh sgt nk makan..takut gatal3!

    ReplyDelete
  10. sedapnya nasi lemak tu.. kalau makan lobster mesti ada rasa gatal2 nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1