Rujuk kembali

Sebelum ni saya pernah bagitahu yang Naim ni cukup suka pakai baju tidur. Tak kira siang atau malam. Semalam pun sama. Mengamuk dia bila kami paksa dia pakai jeans dan t shirt masa nak keluar ke Kelana Jaya semalam.
Kiranya tahap marah betullah Naim semalam, sampaikan dia gigit papanya kat bahu! Sakit, kata Papa N. Hari ni pun masih terasa sakit. Kesian papa, kenapalah Naim gigit kuat? Saya suruh dia minta maaf dengan papa, tapi korang tahu? Naim tak nak cakap maaf pun..
Tapi budak, tak lama dia marah. Lepas baik je nangis tu dia kembali menempek dengan papa. Masa di Kelana Jaya semalam pun asyik minta papanya dukung je...dah lupa apa yang dia marah sangat tu.
P/s: kenapa bila dah dewasa ramai yang suka berdendam?

Comments

  1. selesa sangat pakai baju tidur sampai xmo tukar dah..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak mo tukar...ni dah mandi dan nak juga pkai bju tidur yang lain pula...mcm sepanjang hri pakai baju tidur je

      Delete
  2. Anak kecik jiwanya bersih, xmcm kita org dewasa hati hitam legam. Gaduh sikit berdendam sampai mati huh!

    ReplyDelete
  3. Itu lah budak2. Gaduh pun 5 menet je.

    ReplyDelete
  4. alyapn sama, suka sgt pakai baju tidur tanpa mengira waktu

    ReplyDelete
  5. Sebab .....hati orang dewasa ni dah tak suci lagi AN..... mcm mcm yg hinggap sebab tu susah nak memaafkan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts