Ambil mood

Ai semua.. sunyi nampaknya hari cuti ni.. Syoknya korang bercuti kat mana tu? Saya ada sekitar KL ni je. Pinjam ayat Fara@Mama Aydin, golongan marhein yang macam saya ni kalau nak bercuti pun banyak faktor kena fikirkan.. haha... baru terasa kesan naik harga minyak ye..

Berkenaan dengan tajuk, saya sebenarnya nak mula tanda kertas peperiksaan sebenarnya. Kus semangat, 6 kelas lagi tak siap ni. Tadi sementara nak tidurkan anak-anak, beriya sedih sebab selalu rasa tak cukup masa nak buat kerja sekolah. Macam mana nak tunjukkan prestasi yang baik ye? Terus teringat pesanan daripada PK, ikut pelan pendidikan yang terbaru ni, kenaikan pangkat dan gaji adalah berasaskan prestasi! Terus insaf. Sepanjang siang langsung tak sentuh buku tak pe, sebab tak ingat langsung tentang tu. Ni maknanya kena puluh siapkan kerja yang berbaki banyak lagi ni.

Sebelum terlupa, nak ceritakan satu kisah yang nilai murni yang ingin disampaikan pada malam ni ialah jangan baca entry orang lain separuh sahaja. Kisahnya tadi saya jemur baju kul 9.30 malam. Lepas tidurkan anak, kul 11.25 saya keluar untuk mengambil kertas soalan di dalam kereta. Tetiba terasa cuak sebab tengok kain kain yang tersidai kat luar tu. Terus otak ni teringat kepada satu entry di blog wantie yang mengatakan kalau kita jemur baju malam, jin akan pakai baju kita! Sentap tau.. terus saya cepat masuk dan cari semula entry tu. Rupanya itu soalan daripada seseorang kepada ustaz. Jawapan daripada ustaz itu pastilah perkara itu tidak benar! Hahah...gelakkan diri sendiri sebab cuak tadi. Lain kali, kenaa baca habis entry walaupun hanya jadi silent reader di blog tu..

Comments

  1. "boss" I pun baru serahkan satu keja nak kena I siapkan mlm ni...... tapi mata ni mcm dah mengantuk la pulak.

    Betullah... takde ruginya pun klu kita baca keseluruhan entry, kurang2 makin luas pengetahuan kita. Lg2 klu malas baca paper.

    ReplyDelete
  2. selamat mananda kertas periksa..

    ReplyDelete
  3. Hahahha... saya mmg jemur baju malam. Atau subuh. Itu je la masa yang ada nak sidai baju. Hahhaha

    ReplyDelete
  4. Tetiba teringat baju dijemuran AN sebab hari ni tak de matahari langsung...
    Nasib ustaz kata gitu...legaaa

    ReplyDelete
  5. Hehhehe kannn dah tak senang duduk, memang kalau baca satu2 entry mesti kena habis, tak nak nnt tertanya2 ending atau pun tersalah fahaman.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1