Terapi diri

Pagi-pagi ni kena positif, kan? Lagipun esok dah Sabtu, memang ditunggu-tunggu pun. Walaupun malam semalam Nazif meraung-raung dari sebelum magrib hingga terlena pada pukul 1 pagi, entah apa sebabnya, tetap mamanya kena positif, kan? Yang semalam tu tutup cerita, hari ni kena mulakan dengan senyuman walaupun tak berapa cukup tidur pun sebenarnya.

Antara langkah memotivasikan diri ialah menjamu diiri dengan sesuatu yang sedap. Ha, bijak tak. Pagi-pagi, mana nak jumpa benda sedap kat rumah ni...Intai ke blog Raziff tadi, tengok mee udang, amboi, sedapnya. Perut ni mulalah rasa lapar...Ni yang tak sabar nak tunggu hujung minggu, Tinjau bahan yang ada dalam peti sejuk, tetiba dapat idea nak buat puding roti dengan sos kastad.
Bahan roti semata-mata. Kismis ke, coklat cip ke kirim salam, kalau nak tunggu bahan cukup, tak ada lah dapat makan segera, kan? Tak apalah labu.. 

Sambil tunggu puding ni masak tadi sempat saya dengar rancangan Tanyalah Ustaz. Terapi diri lagi ni, menginsafkan diri sedikit sebanyak. Antara ilmu baru yang sempat saya dengar tadi ialah semasa hayat baginda Rasulullah, baginda sangat menitik beratkan umatnya berjemaah semasa solat. Antara kejadian yang pernah berlaku, ada pengikut yang lewat datang ke masjid untuk solat berjamaah, Rasulullah meluahkan baginda terasa  ingin ditukarkan imam untuk solat itu, semata-mata baginda ingin pergi ke rumah pengikut tersebut untuk membakarkannya! Bayangkanla situasinya macam mana...baru kes lewat tu, belum lagi tak solat !

Tak cukup dengan tu, sambil saya menulis buku rekod yang nak kena dihantar pada hari ni, sempat lagi saya buat ikan aya singgang... Bangga betul dengan diri sendiri yang cukup positif pada hari ini...walaupun semalam cukup rasa tensen di kelas-kelas tertentu, sampai rasa nak cabut je rambut sendiri, nampaknya hari ini cukup menggembirakan...amin..doakan begitu seterusnya...

Sedap pulak tu ikan singgang saya buat. Terima kasih sahabatku, Zilla kerana bagi tips untuk buat ikan singgang yang sedap. Menjadi saya masak pagi ni..Puji diri sendiri lagi, sabar ajelah.. Yang penting dapat membuat diri jadi positif, tau.... 

Comments

  1. amboi sedapnyeeee.... dh tukar langsir bintang2 yer. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ada orang perasan ye... rasa bosan dengan yg lama

      Delete
  2. sedapnya puding tuh..xde kismis..lagilah sy suke..kihkih :)

    salam dari arepnakbebel.com

    ReplyDelete
  3. Tahniah kerana anda positif hari ni hehe

    Dari hari tu lagi nak buat puding roti ni AN...sebab dak TLBD tu mintak.... Adoi kecur dibuatnya bila tengok ni...
    Meh le kongsi buat singgang sedap tu cam ne?

    ReplyDelete
  4. sedapnya..... kalau akak tensyen, akak luahkan dalam blog, makin malas nak masak, makin menyerbu mana-mana kedai makan... pemaleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun...hari ni je terlebih rajin..

      Delete
  5. bgus tu..sentiasa motivasikan diri..

    ReplyDelete
  6. sedapnya..... ada juga orang yang makan dengan durian castard!
    bagus motivasi diri.... sekarang ni, macam kurang motivasi je. hihihi

    ReplyDelete
  7. betul tu kak..kita kena sentiasa berfikiran posotif..hehe :P

    ReplyDelete
  8. Betul.... baik kita positifkan diri je, awet muda nanti.

    ReplyDelete
  9. bila fikiran positif buat apa pun menjadi.. nampak sedap walaupun simple

    ReplyDelete
  10. Bila rasa positif kita akan bersemangat. Betul kan?

    Nyum2 mkn sejuk2 ngan sos coklat sedap tu

    ReplyDelete
  11. bagus tu Aisy..selalu motivasikan diri..sedap pla tengok puding tu Aisy..

    ReplyDelete
  12. sentiasa nak positifkan diri, tapi kdg2 susah jugakkan.
    tapi harus cuba. kena tolak aura negatif jauh2. nanti sendiri yg susah hati..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts