Semua pun nak kicap

Anak sulung saya ni, kalau makan apa pun sekarang ni semua nak makan dengan kicap. Jenuh sekali nak tenangkan Naim kalau tak ada kicap ni.

Petang ni, dia buat lagi. Makan kerepok pun dengan kicap. Orang lain cicah dengan sos cili, dia pula cicah dengan kicap. Yang tak tahan tu, masa nak makan tadi, Naim pergi panggil papa dia, yang  ada di depan untuk ajak makan sama-sama. Pandai betul anak mama sorang ni..tahu ingatkan papa dia masa nak makan..besar nanti pun teruskan macam ni ye..

Comments

  1. hahahah.... adam pantang kalau ada kicap. kecik2 dulu, langsung tak nak makan kalau nasi goreng di letak kicap. sekarang ni, sekali-sekala boleh la makan kicap

    ReplyDelete
  2. sama dgn hero bongsu sy Aisy..makan nasi mesti bubuh kicap hehe

    ReplyDelete
  3. hehe,,makan kopok ngn kicap gk? rare betul!

    ReplyDelete
  4. Saya pun suka kicap. Nak kicap.
    Tapi kalau ada budu pun bagus jugak sekali-sekala. Cincaluk ke.. ;)

    ReplyDelete
  5. Alooo good boy. Harap sampai besar la dia macam tu, makan ingat mak bapak.

    ReplyDelete
  6. Wah.... anak soleh ni AN.....
    Kicap, sedap apa AN.....sebab tu budak suka...S

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1