Tak tercapai hasratku

Target saya sebelum cuti hujung minggu ialah saya nak ke tempat yang boleh beli shawl dan sampingan nak beli baju pakai harian Naim dan Nazif. Seronok tengok koleksi shawl yang tak berapa banyak tu sebab memikirkan nak tambah beberapa helai lagi. Sejak anak-anak murid asyik puji kononnya saya nampak comel bila pakai shawl, sejak tulah suka ber'shawl' ke sekolah.

Tapi, hari Sabtu dah tak tercapai hasrat tu. Jadi semalam sebelum tidur, beriya-iya saya pesan dengan suami supaya pagi ni jadi kitaorang pergi ke Pasar Shah Alam. Nak beli shawl hajatnya. Dah lama tak pergi sana, tapi biasanya pilihan pakaian banyak kat sana.

Suami memang menepati janji. Dia bersiap awal. Saya mulanya dah rasa cerah harapan untuk ke pasar tu. Suami cakap, tunggu sekejap lagi, kejutkan anak-anak lewat sikit. Tapi akhirnya tak jadi sebab Nazif mengamuk nak minta tidur semula walaupun dah mandikan dia pada pukul 7.30 pagi. Tidur dengan mama sekali.

Petangnya pula tadi kami ke KUD, Putrajaya. Ramai betul orang, cuaca panas berangin dan semasa jalan-jalan sejam lebih tu tak ada pun terbeli apa yang dihajatkan. Beli makanan je untuk kudapan je. Oblong daging kambing, cempedak goreng, air soya, air tembikai dan air tebu.

Semasa meronda di KUD tadi terjumpalah seorang yang tengah cakap-cakap menggunakan mikrofon. Suami saya tanya, "siapa tu yang?". Saya jawab,"entahla, tak kenal pun". Jadi, kami pun bergerak pergi dari situ. Tak jauh kami pergi dia pun nyanyi lagu Takkan Cuba Kembali. La, Asfan ke orangnya tadi. Haha, gelak kami berdua. Suami cakap, "mama kamu ni, kata suka dengar lagu tu, penyanyinya pun tak kenal." Masa lagu tu tengah menjadi pujaan hati, kalau memandu masa balik sekolah, saya seronok sangat kalau ada radio yang putarkan lagu tu..

Sudahnya kami balik macam tu je. Pukul 6 petang dah bergolek di rumah. Rasa sejam lebih di KUD tu lama sangat. Balik- balik tu anak-anak berendam sambil mandi. Mama lak, sob sob.... bila nak beli shawl ni?

Comments

  1. Huk alooooh belum tercapai lagi tu, nnt2 ada la peluang. Kurang2 dapat tengok penyanyi lagu kegemaran u ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..tengok je tapi tak cam dia.. kalau awal dah cam, ingat nak bergambar dgn dia..haaa.. tak menahan...

      Delete
  2. Okje pun AN..... teringin nk cari shawl yg lebar dan nipis sejak tgk kawan pakai mcm cantik je hehe...
    Tak pelah, cari minggu depan pun bolehjan hehe...

    ReplyDelete
  3. teringin gak nak ker KUD tadi.tapi tak sempat la..huhu

    ReplyDelete
  4. rajinnya berjalan. kita duk rumah je tuk cut off budget petrol. hahaha

    ReplyDelete
  5. Selagi tak dapat apa dihajati mmg terbayang2 siang mlm Aisy.
    Mujur je hati I ni dah terkunci nk beli sejak "kes borong" itu ari.. keh3.

    ReplyDelete
  6. Saya suka shawl. Tapi malangnya, x berapa reti menggayakan. Asyik2 gaya itu aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama.. malas nak gayakan pelbagai cara. Selalunya pakai gaya sama je

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1