Silih berganti

Lepas tiga hari, pagi ni badan Nazif dah tak panas lagi. Lega kat situ. Tak perlu risau. Tak juga perlu saya bangun banyak kali untuk lapkan badan dia. Sekali je bangun pada pukul 3 pagi tadi.

Rupanya silih berganti. Naim pula yang panas badan nampaknya. Dah diberi ubat pun tak macam turun sangat suhu. monyok dan diam je Sayang mama tu pagi ni. Mata je terkebil kebil, apa ditanya tak dijawab. Cuma angguk sahaja. Oloh oloh...

Terpaksalah Papa N kerja dari rumah hari ni. Nak pantau perkembangan Naim katanya. Bagus papa, terima kasih. Naim, cepat baik ye.. sunyi rasa rumah ni kalau tak ada suara adik menangis sebab diusik abangnya. Tak ada juga dapat dengar jeritan keseronokan Naim apabila dia tengah seronok main permainan atau menonton cerita kegemaran.

Comments

  1. Semoga cepat sembuh ye. Berjangkit ye... seronoknya bila boleh bekerja dari rumah =)

    ReplyDelete
  2. hurmm nazif dan naim beralih bulan koot ;)

    ReplyDelete
  3. kesian..cepat sembuh ya Naim..kesian kan Aisy kalo bdk kecil sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, demam yg buat tak aktif mmg nampak kesian......

      Delete
  4. demam nih biaselah..kalau x kene semua org satu rumah mmg x sah..ganti2 xpe..jgn semua demam sekaligus..parah nnti..hehe

    ReplyDelete
  5. semoga naim dan abang cepat sembuh yer.. budak2 memang camni..kalau sorang demam..mudah berjangkit... =)

    ReplyDelete
  6. Semoga cepat sembuh yea..Untung papa dapat jaga kita en suami jadi cikgu susah nak cuti.

    ReplyDelete
  7. gitulah bila anak2 kecik....bertukar ganti, dia baik abg pulak demam huhu...nasib ada papa yg boleh keje dari rumah.... lega hati tukan...

    ReplyDelete
  8. musim kot kan...anak2 lieya pun baru kebah demam...mule2 dayyan lepas tu mia....mmg tak tdo mlm dok pantau suhu n jerlun kan badan ngan tuala basah...takut suhu tinggi....

    moga terus sihat yeak anak2 comel...

    ReplyDelete
  9. Kakak rasalah Aisy kalau musim buah dan musim hujan anak-anak mudah aje kena demam walaupun tak main hujan dan tak makan buah tu. Dah tu silih berganti. Kakak tengok anak jiran kakak tu pun sama. Kesian...

    Untung juga en Abe Aisy boleh kerja dari rumah, boleh tengokkan anak-anak...

    ReplyDelete
  10. Alahai, berjangkit kat abang pulak... moga Naim cepat baik...
    mmg bagus la papa Naim, papa yg prihatin :)

    ReplyDelete
  11. Itu lah ank2 ni cpt berjangkit, Amni sejak tsk g nursery dah tak Selsema dah

    ReplyDelete
  12. Bila anak sakit rasa lain mcm pulak kan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts