Nak kena banned kedai ni!

Antara kedai makan kegemaran keluarga kami di sekitar kawasan rumah ialah sebuah kedai tomyam ni. Selalulah juga kami makan ataupun bungkus makanan dari kedai tu sebelum ni. Kedai makan biasa je, tapi sedaplah rasanya, sesuai dengan citarasa kami sekeluarga.

Tapi, bila pergi lagi semalam, alahai. Dah lain. Ada perubahan dah. Naim dan Nazif ni makin galak nak main, bukan nak makan pun. Mama dan papa pun makan tak senanglah, bila dua beradik ni asyik nak main dengan benda ni je. Asyik minta duit syiling je.. Nazif pun main macam dia budak besar.

Sebelum ni tak ada pun. Ai...tetiba je.. tapi bukan salah kedai ni pun, mesin ni kepunyaan kedai baju yang baru dibuka kat sebelah tu..

Comments

  1. pandai diorang nak pikat pelanggan, dapat buat side income lagikan..

    ReplyDelete
  2. Baju kan org tak sentiasa beli dia buat mainan ini sebagai side-income dia Aisy. Anak-anak pulak bila dah main bukan ingat makan. Tengok adik tu... sampai menangis mesti tak mahu berhenti main...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak.. dua2 pun nangis sebab nak main berkali2... makan pun sikit je. Biasa kalau tak ada mesin ni, nazif makan boleh tahan juga.. mama makan pun tak senaang

      Delete
  3. Hahahaha..kesian mama, habis syiling nya. Saya biasa dh kena kena mcm ni.

    ReplyDelete
  4. hihihi..xblh jadi ni ye kak..t xmakan, main je kejanya..

    ReplyDelete
  5. Owh memang bahaya ni, syilings pun, kalau tak mau turun maunya sama nilai ngan nasi goreng sepinggan dah ni. hehehe

    ReplyDelete
  6. tak senang mama papa makan hehe..
    budak2 kalau jumpa benda mcm ni makan tak ingat dah..lapar hilang terus :)

    ReplyDelete
  7. berapa kali Naim mintak syiling tu AN? kalau byk, mmg patut ban pun... hihihi

    ReplyDelete
  8. Kena labur duit la sementara tgu makanan smpi dan anak sah sah xmo mkn:(

    Dulu maisarah kecik camtulah. Kedai mek tu sedap tp kedai cina jual buah sblh tu ada mainan ni. Berhengget2 habis main benda tu

    ReplyDelete
  9. Ohhh...ada tambah kuda mainan hehe...mmg tak makanlah budak kalau ada benda tu...

    ReplyDelete
  10. mmg susah gini.asyik nak main la nanti ni.hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1