Pemandu cilik

Terharu saya baca berita yang menyayatkan hati ni.. Takutnya, mintalah kita dijauhkan....Siapa nak dipersalahkan kalau macam ni jadinya?


IPOH - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila jasadnya ditemui dalam keadaan terduduk secara melutut dihimpit ke dinding rumah teres manakala kedua-dua belah tangan memegang selipar di Taman Kerian, Parit Buntar di sini semalam.
Lebih menyedihkan apabila tragedi pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku selepas abang mangsa yang berusia empat tahun menghidupkan enjin kereta bapanya sebelum kanak-kanak itu memasukkan gear undur.
Tindakan si abang itu menyebabkan kereta jenis Mazda tersebut bergerak secara mengundur lalu merempuh si adik yang berada di belakang kereta untuk memakai selipar.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2edny8UQp 
Hakcipta terpelihara 



Pendek kata, penjaga kena sentiasa berhati-hati semasa anak di bawah jagaan. Kita tak nak kejadian yang tak diingini macam ni berulang lagi. Mungkin takdir anak di usia dua tahun ni setakat ni sahaja, namun kita yang masih diberi kesempatan  untuk menjaga anak anak kesayangan kita ni, kenalah ambil perhatian dengan kes macam ni ye... Saling ingat mengingati supaya tak berulang lagi...Juga jangan alpa untuk berdoa kepada Allah minta dilindungi daripada bahaya juga..

Comments

  1. sian pd keluarganya, itulah kata org, malang tak berbau

    ReplyDelete
  2. Ada jugak baca pagi tadi....sedih..speechless.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah tak sanggup membayangkan.. tak sanggup rasanya membacanyer... susah nak katakan moga kita mampu menjaga amanah dariNya ...

    ReplyDelete
  4. si abang baru 4 tahun..tak tau apa lagi..ada kunci kat situ..try la hidupkn enjin...sblm ni pun dh banyak kes mcm ni...ada yg dilanggar mak,ayah..

    ReplyDelete
  5. Ya allah... takutnya AN...
    Memang dah ajal tapi.... entahlah nak komen pun tak tau...

    ReplyDelete
  6. Ajal dan maut di tangan Tuhan kan, tapi tu la, mana tak sedih kalau jadi lagu ni.

    ReplyDelete
  7. wa nauzubillah..lagi kes kanak2..sangat menyayat hati

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1