Persinggahan sementara

Seronok ye masing-masing tayang gambar pertunjukan bunga api. Jeles rasanya saya bila ramai rakan sekolah masukkan gambar pertunjukan bunga api di Putrajaya semalam. Kami pun asalnya nak juga ke sana untuk menyaksikan pertunjukan bunga api ni, tapi bila dah nak sampai masanya tak boleh pula nak pergi sebab tak sesuai masa.
Tengok sahajalah gambar yang diorang postkan di whatapp ni.. syok nampaknya.. tapi tak apalah, kalau ada kesempatan boleh pergi untuk yang seterusnya pula.

Sebenarnya saya semalam pergi ke KLIA untuk mengambil anak buah yang akan bertolak ke Jordan pagi ni. Anak sulung Kak Ngah ni. Sianla anak buah saya tidur di lapangan terbang padahal rumah mak ciknya dekat je. Dah janji dengan mak dia sebelum dia bertolak ke Mekah hari tu.

Jadinya, pagi ni awal pagi lagi saya dah masak nasi lemak untuk alas perut anak buah saya ni. Semangat tul mak cik ni, kul 7.15 pagi dah siap terhidang kat atas meja. Tapi nasi tu dimakan pada pukul 7.40 pjagi. Orangnya duk baca Al-Quran. Sejuk hati masa tengah masak tu dapat dengar alunan ayat Al-Quran yang dibacakan dengan merdu oleh anak buah saya ni. Maklumlah orangnya dah biasa jadi imam solat terawih, dan solat fardu di masjid. Sejuk perut Kak Ngah mengandungkan Muhammad Kamil ni. Mak ciknya ni yang agak cuak bila melihatkan jam. Dalam hati tertanya-tanya, lama lagi ke budak ni nak baca Quran ni? Kata nak check in pada pukul 8? Dah la dia belum mandi lagi waktu tu.. Monolog panjang dalam hati, orang belajar agama ni memang tenang agaknya..

Kalau dah keluar dari rumah pada pukul 7.55, mak ciknya jadi ala-ala pemandu F1lah jawabnya.. Risau saya, kot tertinggal flight nanti macam mana pula kan?

Nak dijadikan cerita, saya tadi nak cepat, kat KLIA tadi, saya selamba je masuk ke lorong teksi. Amik ko, si baju putih terus tiup wisel dan arahkan saya berhenti kat tepi di balai kelepasan tu. Nak cepat sangat ye?  Dalam hati saya waktu tu dah redha kena bayar saman pun, nak buat macam mana, kan? Tapi, mujur saya tak kena saman! Memang tak ada merayu apa pun, polis tu lepaskan saya macam tu je..Terima kasih abang polis yang hensem sebab tak saman akak ye..eh, tetiba jadi akak pula ye.. Lega jimat duit... Kalau tak sesaja sedekahkan duit untuk dekatkan angkat barang tadi ye...

Agaknya, disebabkan saya bawa Muhammad Kamil kot polis tu tak jadi saman saya ye.. Dah satu juzuk dia baca Quran pagi tadi, tu yang Allah tolong tu.
Jamu mata tengok gambar jelah ye...

Comments

  1. Tak g mana pun dok rumah, Esok pun mik cuti rehat sbb non stop travel ,nk blk Sg besar tak larat nk tempuh jam ;)

    ReplyDelete
  2. Suka tajuk entry ni... "Persinggahan sementara".

    Untung la ibunya dpt anak yg soleh dan tenang. Golongan2 spt ni, kalau kita tengok muka dia pun kita sendiri akan terjangkit ketenangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..sebab ank buah saya tu datang sini 8 jam je....tu yg letak nama entry macam ni..
      Itulah, lagikan bukan ibu dia pun rasa tumpang gembira dia ni di umur belasan (18-19) lagi dah jadi imam... yg tua pun belum tentu mampu kan?

      Delete
  3. Abang polis pun sejuk jer kot hati tengok ada orang alim dalam kereta, tu la kan orang macam ni selalu jer tenang, kita pulak yang cuak dan kalut hihihi.

    ReplyDelete
  4. Sejuk perut kak ngah akak punya ank sebaik Muhammad Kamil

    ReplyDelete
  5. Muhammad kamil tahu yg makciknya mmg pemandu F1... sbb tu dia relaks jer :)
    psst, cer tanya Muhammad kamil, dia ada baca ayat apa2 tak buat si baju putih tu sejuk hati...

    ReplyDelete
  6. Budak kecik sukalah tengok kot AN... Anak2 OKje dah besar panjang dah tak hairan hehe...Alahai makcik dia rajinnya bernasi lemak lagi...Nape tak upload? hehe
    Tulahkan AN...mesti sejuk perut mama mengandung....dpt anak yg rajin baca alquran gitu

    ReplyDelete
  7. namanya pun sedap.. sejuk perut ibu mengandung.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1