masa sibuk masa itulah macam-macam jadinya!

Korang pun sama kan? kalau tengah sibuk tu macam macam hal yang jadi. Dua hari dan minggu depan ni memang minggu yang cukup cukup cukup sibuk bagi saya dan semua cikgu sesi petang di sekolah saya, rasanya. Boleh dikatakan semua perkara perlu dihantar laporannya dalam minggu ni dalam dan awal minggu depan. Bayangkan, hari ni, Ahad pun cikgu-cikgu duk menghadap komputer masing-masing.

Inilah yang buat saya geram. Bangun pagi ni dengan niat murni nak siapkan kerja yang bertimbun tu. Tapi, router Unifi buat hal pula. Rosak......Adoi geramnya.. Kerja masukkan prestasi PBS ni mustahil boleh buat tanpa ada internet....Tunggu staf TM datang, rasanya ambil masa beberapa hari tu. Papa N cakap tunggu dulu beberapa hari...Kerja mana boleh tunggu ni! Alahai..

Jadi, terpaksalah bertahan dulu. Kami cuba juga tutup buka router tu berkali-kali dan nampaknya, sikit sebanyak bolehla buat kerja. Tapi, tak lama sangat tempohnya. Dapat guna internet pun dalam 3-10 minit je, kemudian terus tak boleh guna lagi..


Jadi, tak nak merisaukan diri sendiri, kami keluar sekejap tadi. Sempat ke Plaza Masalam untuk ambil kad pengenalan saya baru. Hihi, baru buat kad pengenalan yang ada dua gambar. Balik dari ambil Ic pula, kami ke Seksyen 15 untuk makan tengah hari. Makan lauk kampung dengan gulai ikan patin masak tempoyak. Ramai yang kata masak tempoyak di kedai ni sedap, kami pun nak rasalah. Papa N yang suka makan masak tempoyak ni kata mak dia masak lagi sedap. Sabar ajalah, kan? Kalau nak banding dengan masakan mak sendiri, tak payahlah.... 

Oklah nak sambung buat kerja, tutup bukak router dan modem, kot nasib baik boleh buat kerja. memetik kata penceramah dari Sepang kelmarin, sistem pendidikan kita diubah sana sini untuk memantapkan pendidikan, meringankan beban guru, namun hakikatnya para guru yang menanggungnya bertambah beban. Apa-apa pun, kena fikir positif dan buat sebaik mungkin. Kalau kita fikirkan yang positif, tentu semuanya akan berjalan lancar...In Shaa Allah.... 


Comments

  1. sabor je lah ..router rosak je..aritu umah abg luqman router rosak gk..tp cpt jer org die dtg..pg kol ptg dtg tukar baru..huhu

    ReplyDelete
  2. samalah..stress sangat ni sampai rasa tak leh tgk laptop dah..nk muntah..so,hari ni tak buat apa pun,mlm ni br nk wat..in sha allah..moga kita semua dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muntah stress takpe... jangan sebab lain sudah...hii

      Delete
  3. I itu ari sampai bertunggu tangga kat Vivo (cari wifi) gara2 internet ada problem.

    *psst Aisy, filem yg kitorang tengok mlm tadi tu tajuk dia "The Internship".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa...nampaknya nak kena tgu internet ok baru boleh download citer tu ......

      Delete
  4. Sepatutnya mcm tu la.. pemurnian sistem pendidikan ke arah yang lebih baik dan efisyen... sbb tu kena perancangan dan kajian yg menyeluruh... pada pandangan saya, byk yg dilakukan dgn tergesa-gesa... sbg contoh PPSMI.... last2, tarik balik sistem tu... kesian kat pelajar dan cikgu2 yg jadi mangsa...

    mak ai, patin sangkar tu seketul RM10 ke? boleh tahan juga harga makanan sekrang ni yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur, yang mahal lagi pun ada kat kedai ni, rm10 seketul tu paling murah...mmg boleh tahan..hii

      Itulah, yang mengalami tahulah macam mana....apa apapun ikhlaskan diri utk berbakti demi halalkan pendapatan yg didapati

      Delete
  5. Semakinn nk cepat semakin buat hal pula tenet ye AN.. tak melenting ke dgn TM hehe....

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1