2 jam

Semalam, beriya saya pujuk kedua Ahmad untuk tidur awal dengan alasan mama nak dapat cukup rehat. Kononnya, pagi ni saya nak menanda soalan peperiksaan hari tu. Lepas pujuk, nampaknya berjaya. Dapatlah keduanya tidur pada pukul 12 malam. 

Berita baiknya, saya memang bangun pagi ni dengan bersemangat. Lepas solat subuh terus turun ke bawah, masukkan baju-baju kotor ke dalam mesin basuh. Lepas tu saya cuci botol-botol susu anak. Jemur baju, kemas baju anak, gosok baju, tengok blog dan bw sikit dan entah apa lagi saya buat...dah dua jam lebih, ni baru mula tanda kertas.Hai, kalau anak anak bangun sekejap lagi, lagilah tak terbuat, kan? 

Memang kerja tak smart dan tak hard ni... kena di sekolah juga betul-betul dapat buat kerja sekolah. Dua jam sekejap je kan berlalu kalau kita buat sesuatu. Bayangkan dua jam menunggu orang atau tunggu ditemuduga, terasa nak pitam.....

Comments

  1. Dari cerita Aisy kakak tahu Aisy jenis yg pantas dan cergas membuat kerja. Banyak yg Aisy dah buat dalam masa 2 jam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, taklah kak.... buat kerja rumah je ni, kerja sekolah tak terbuat pun.....

      Delete
  2. Memang pun AN.....samalah OKje pun, kalau kita leka buat kerja, mmg rasa sekejap je masa tu kan... rasa tak cukup masa ! Bila dah buat kerja mengemas, tu yg malas okje nak mssak tu...hehe...alasan!
    Sarapan dah buat lum?

    ReplyDelete
  3. bila dh setle kja rsa lega..xterasa 2 jam tuh..

    ReplyDelete
  4. Wah byk kerja blh buat dlm dua jam tu. tabik spring:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1