Budak-budak sekarang

Minggu lepas peperiksaan ni murid-murid nampaknya beriya-iya nak tahu markah diorang. Dah puas bagitahu yang cikgu tak sempat lagi nak semak semua pun ramai yang mengejar cikgu semata-mata nak tahu markah.

Bila dah tahu pula, bukan sikit yang nak minta pindaan markah. Sebahagiannya yang mudah faham tu ok lagi. Bila dah dijelaskan kenapa dia dapat macam tu, dia mula tunjukkan muka faham. Yang tak tahan ialah beberapa orang yang memang nak juga ditambah markah walaupun terang-terang penuh kertas jawapannya dengan tandaan merah.
Yang macam ni kesnya setakat ni semua yang malas memberi tumpuan di kelas, malangnya..

Bukan saya sahaja, cikgu lain pun sama. Ramai yang mengakui budak sekarang dah tak sama dengan murid zaman sepuluh tahun yang lalu. Kurang hormat, tidak bersungguh dan pandai komplen.. kesan kemajuan ke ni? Macam mana pula generasi akan datang?

Comments

  1. itu yang merisaukan kita...manja teramat sangat...

    ReplyDelete
  2. wahhhh.... x berani la nk minta tambah markah. malu....

    ReplyDelete
  3. Mmg bdk2 skrg dah lain , kurang adab sopannye

    ReplyDelete
  4. huhuhu, markah nak tinggi... tapi belajar tak seberapa...
    Kalau kat universiti, tanpa segan silu minta pensyarah buat re-test! amboi, banyak cantik hang punya muka... ingat kita xde kerja lain ke... hehehe, tak pepasal lepas geram kat sini :)
    Kadang2 rasa mcm konsep berilmu tu dah tak kena... mereke mengejar markah, bukan mengejar ilmu

    ReplyDelete
  5. Ohhh dahsyat jugak yeh budak2 sekarang An, siap bertawar menawar dengan cikgu lagi hehe.... Ada pro dan kont le sebenarnya.... budak2 dulu takut, tak confident terima seadanya hehe....

    ReplyDelete
  6. pandai pla minta tambah markah..aduhai adik2..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?