Bersendirian di hari sabtu

Bukan bersendirian sebenarnya, cuma ditemani si comel saya, Nazif. Naim dan papanya dah keluar ke Low Yat, bersama-sama dengan adik-adiknya. Haha, kesan bekerja penat seminggu ni, buat saya kembali lena tanpa menghiraukan apa-apa pun lebih kurang pukul 11 tadi. Hampir dua jam juga saya lena tadi.

Mujur Nazif pun nak tidur sama. Bangun awal kot tadi telah membuatkan Nazif nak tidur siang. Bagus nak, tahu mama penat sangat ye.. alhamdulillah. Anak tidur, mamanya pun dapat berehat.

Ikutkan hati memanglah saya rancang nak keluar membeli belah dan bawa anak-anak jalan-jalan hari ni. Kesian Naim, dia dah tahu yang kalau hari mama dan papanya tak kerja, dia pula tak dihantar ke taska, dia nak pergi jalan-jalan. Tapi, tadi memang tak larat sangatlah mama Naim ni.

Bila bangun ni mula tinjau dapur. Kosong je. Mula-mula tadi terasa nak marah. Kalau saya sekolah hari Sabtu, suami yang jaga anak, saya akan pastikan dah siap makanan untuk semua orang yang ditinggalkan kat rumah. Namun, positifkan diri. Relax dulu. Tak sama semua orang dengan kita. Itulah yang uniknya manusia ciptaan Allah ni. Alhamdulillah Allah temukan jodoh saya. Selalu bertolak ansur dengan suami dan anak-anak ni sedikit sebanyak membentuk peribadi juga.

Selalunya kita lihat ataupun berurusan dengan anak dara tua atau orang tak kawin, diorang kurang bertolak ansur dan pelik sikit perangainya, kan? Kita yang tak nak panjangkan kisah, fikirlah patutlah dia cik lagi. Jahat juga kan? Tapi, itulah antara pengalaman semasa sibuk minggu ni. Yang manis ada, yang masam ada dan pastinya semua tu pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran terbaik dalam hidup.

Dah jadi entry luah perasaan pula. Entah korang faham tak apa saya merapu kat entry ni. Layankan jelah ye.. ok semua, nak solat dan masak dulu. Lapar juga ye...

Comments

  1. ke Naim dan papa keluar cari makanan tu? nak beri peluang mama rehat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan cari makan.. pergi jalan2 dengan adik2 dia.. ke low yat

      Delete
  2. Papa pun pandai bawak Naim so dapat la mamanya rehat dengan Nazif sepuasnya. Yang pasal "Cik" tu, mungkin mereka lagu tu sebab belum dapat peluang untuk kompromi. Takper...fikir positif fikir positif even in fact I mmg selalu terfikir macam yg u cakap tu jugak kadang2.

    ReplyDelete
  3. lumrah rutin seorang ibu, isteri kan..sabar menghadapi je la kan..:)

    ReplyDelete
  4. Baik pulak dia g low yat. Biasa budak x suka ke sana.

    Psl berurusan ngan andartu tu mmg sy perasan dan setuju

    ReplyDelete
  5. mohon terasa:( kadang2 kita je yg nak jaga perasaan diorang..mentang2 dia lg tua..tp sabar pun ada batasnya

    ReplyDelete
  6. Setuju ngan Puan Zaniff tu... Mmg dah lumrah kehidupan seorang ibu dan isteri... M pun camtu la dear tiap2 hari pelbagai karenah anak dan ahli keluarga lain yg terpaksa dihadapi...mmg kena banyak bersabaq

    ReplyDelete
  7. Okje jarang tido siang AN....tapi minggu lepas ada sekali terbabas! Ha kau...mmg sedap sangat, lps asar pulak tu

    ReplyDelete
  8. mcm2 la kerenah kan. selagi blh sabar kita sabar..hehe

    ReplyDelete
  9. Ada juga yg masih cik tapi baik hati. Manusia mcm2 ragam. Mmg bila deal dgn org yg bg kita problem, otomatik fikir mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. cik yg saya kenal ni je agaknya minggu lepas ada masalah..

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?