Aturan Allah sememangnya cantik

Alhamdulilah masih lagi kita dapat menghirup udara yang segar di bumi Allah ini.
Sedar atau tidak aturan Allah untuk setiap umatnya sangat cantik.
Ada yang sedang mencari pekerjaan yang terbaik mungkin mengatakan kenapa dirinya mendapat nasib kurang baik berbanding dengan orang lain?
Ada yang dah dapat kerja tapi tak suka dengan kerjanya mungkin berfikir nak berhenti kerja.
Ada yang belum dikurniakan cahaya mata mungkin mengeluh kerisauan bila melihat anak-anak orang lain.
Ada yang menanggung sakit mungkin meluahkan kenapa dirinya diuji sebegitu rupa.
Ada yang belum diiktiraf cemerang mungkin bertanya kenapa jasanya tak dikenang.

Macam-macam keluhan...
Tapi mungkin kita tak sedar yang
Kekaburan
Ketidakjelasan
Samar-samar
Semuanya ialah dugaan dan aturan Allah kepada kita.
Kalau kita redha dan yakin kepadaNya, janji Allah pasti .....

Comments

  1. Kadang2 kita x sedar kan dik, semua nie kalau direnung2kan, memang buat kita paham, semua yg terjadi ada sebabnya ng

    ReplyDelete
  2. Itulah... sebab tu kita perlu sentiasa fikir positif, jangan terlalu banyak mempersoalkan kenapa dan mengapa. Terima, redha dan dalam masa yang sama teruskan berusaha. (penuh bersemangat I ini hari).

    ReplyDelete
  3. Mmg mcm tu la manusia...
    ada org nak menukarkan dirinya menjadi org lain,
    padahal org lain pulak nak jd mcm dia...
    Pendek kata, bersyukur je la jadi diri sendiri
    sbb tiap manusia ada kekurangan kelebihan dan masalah
    memasing yg mereka pun tak akan crita.

    *Yes, redho itu pokok utama meraih kebahagiaan. :)





    ReplyDelete
  4. Setiap yg blku ada hikmahnya. Semua yg ditentukanNya adalah yg terbaik buat kita. :)

    ReplyDelete
  5. Setuju..
    Belajar dan pujuk hati untuk redho......walaupun sukar lama kelamaan kesukaran itu akan jadi biasa...
    Unik gambar tu AN...walaupun samar tapi tetap cantik dipandang..

    ReplyDelete
  6. Pendek kata.. bersyukurlah dengan apa yang kita ada...

    ReplyDelete
  7. sabar dan redha dgn ketentuannya..selagi termampu kita berusaha

    ReplyDelete
  8. Siapalah yg hidupnya tak ada masalah... cuma kita tak zahirkan jer.

    ReplyDelete
  9. Sukarnya utk menjadi zuhud Aisy... selalu kita merasa ada saja yg kurang pada diri walau telah terlalu banyak yg Allah kurniakan pada kita..

    ReplyDelete
  10. Sukar utk jadi yg sempurna. Sukar utk ikhlas menerima apa yg ada. Sesukar mana pun kita harus redha dgn segalanya:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?