Buat tergesa-gesa : Kerabu rumpai laut

Terpengaruh dengan seorang rakan, balik semalam saya terus rendam rumpai laut yang dah beberapa bulan ada dalam peti sejuk kat rumah. Kisahnya rumpai laut ni MIL saya bawa untuk anaknya. Beriya suruh anaknya minum air untuk kurangkan kesan tumit kaki pecah. Menantu yang tumit tak pecah ni tak kacaulah sebab  tak berkenaan kes. Memandangkan orang tu bukan nak minum pun air yang masih ada, jadi elok rumpai kering ni saya ambil sikit, kan?

Tadi di sekolah, saya bagi sms kepada suami suruh dia belikan kelapa parut dan bunga kantan. Jadi balik je tadi, sambil tunggu ayam belado masak, saya sediakan bahan untuk buat kerabu ni. Basuh berkali-kali rumpai ni untuk hilangkan baunya. Risau juga, seharian puasa ni kot makan benda yang berbau hanyir jadi tak lalu pula.

Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Harum bunga kantan, lemak kelapa goreng, masam air limau nipis, pedas cili potong dan garam mencukupkan rasa. Saya rujuk resepi blog Cik Intan Berlian, tapi jadi resepi derhaka sikit sebab saya guna bahan yang ada di rumah je.

Resepi :
Segenggam rumpai laut
Segenggam kelapa parut digoreng
1/3 tuna dalam tin
1 bunga kantan dihiris halus
2 ulas bawang merah ditumbuk
Sedikit serbuk pati ayam
Garam dan gula
Cili padi dihiris halus
Serbuk lada hitam
Air limau nipis

Cara menyediakan kerabu
1. Potong rumpai laut
2. Gaulkan semua bahan yang ada kecuali air limau sehingga nampak sebati.
3. Akhir sekali masukkan air limau.

Kalau ada yang nak cuba, silalah. Orang kata rumpai laut ni elok untuk kecantikan kulit. Selamat mencuba ....
 

Comments

  1. betul tu buat kecantikan kulit...

    ReplyDelete
  2. Sedap x? Saya ada juga di rumah. Pakai x pernah, makan pun x pernah. Gatal tangan nk membelinya

    ReplyDelete
  3. akak dah cuba 2 kali, pertama kali guna rumpai laut kaler ungu, hasilnya memuaskan tapi cubaan kali kedua menggunakan rumpai laut kaler hijau, amponnnnnnn tak leh nak makan, hanyir sgt..

    ReplyDelete
  4. belum pernah cuba... tq share.

    ReplyDelete
  5. iye...hanyir..sy dlu pernah makan jgk..tp kejap je..hehe..skng jadi masker aje

    ReplyDelete
  6. Kreatif tu namanya AN...
    Rumpai laut pun boleh jadi resepi barukan AN...hehe

    ReplyDelete
  7. mane gambo nyer, nak jugak tengok

    ReplyDelete
  8. pernah juga cuba tapi yg jenis berbiji..sedap..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1