Kerepek


Hari ni saya bawa balik kerepek yang dibeli daripada rakan di sekolah. Jadi kudap-kudapan masa main-main dengan anak-anak sedap ni, fikir saya masa beli tu. Beli lima jenis tadi termasuk ada sebahagiannya akan disimpan untuk hari raya, kononnya. Dalam gambar ni sebahagian, esok kawan saya akan bawa lagi.

Memang berbaloi beli. Bukan Naim je, malah Nazif pun makan kerepek kacang dhal..Siap rebut dari tangan Naim lagi untuk dia makan. Macam orang yang dah ada banyak gigi pula lagaknya. 


Naim pun, dah makan semangkuk spagetti pun masih lagi habis banyak keping kerepek ni yang dia makan sambil dia  menonton tv tadi. Adalah juga sesuatu yang berlainan untuk budak-budak ni boleh makan sementara nak menunggu papa diorang balik daripada terawih. Perut kenyang, suka hati. Kuranglah sikit diorang buat hal. Kalau benda yang sama tiap-tiap malam pun Naim tak layan dah. Memang kena tukar-tukar bendanya.
 
Kalau tidak, masa jaga diorang ni sorang diri, macam semalam, terasa lama tul. Mencabar jiwa, kalau tak sabar, agaknya saya dah serbu surau dan minta suami balik, untuk tolong jaga diorang ni semalam. 



 

Comments

  1. pandainya budak2 ni mkn kerepek ye..hehe

    ReplyDelete
  2. Lama x makan kerepek. Buat kudap-kudapan memang sedap!

    ReplyDelete
  3. geram tgk naim yg hensem tu duk makan kerepek.... Nazif pun tak nak kalah dgn abangnya...

    ReplyDelete
  4. sedapn nazif makan kerepek ye...mesti nazif mcm adrien jugak ni,pantang nampak makanan mesti nak kan...

    ReplyDelete
  5. Ingat raya ni nak beli kerepeklah AN.... lagi sedap dpd biskut rayakan...

    ReplyDelete
  6. kerepek time raya lagi laku dri kuih moden..kak intan kalau kepek ubi pedas atau pisang ..memang lajuuuu…

    ReplyDelete
  7. comelnya Nazif..amboii pandai makan kerepek dah..
    sy pun suka beli kerepek utk raya banding kuih2.:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts