Kembali cergas

Alhamdulillah hari ni Naim ok. Kejadian semalam tak berulang. Tempoh dua jam lebih yang merisaukan tu, semoga takkan berulang lagi, selamanya. Entah penyebab sebenarnya yang menyebabkan kaki Naim jadi macam itu. Apa pun, bila balik dari sekolah semalam saya disambut senyuman manis Naim, hati dah rasa cukup tenang.

Malam pun, Naim dapat main dan kelihatan aktif macam biasa. Siap bodek mama main bola dengan dia lagi, " mama, jom main bola. Kaki Naim dah tak sakit". Jadi, layankan jelah Naim main bola dalam rumah. Dia tahu gelak je, sepak bola pun bukan tepat sangat, apa lagi kalau nak dia yang sambut. Seronok sangat dia mamanya sanggup jadi penjaga gol semalam.


Dua beradik main lepas mama dah penat. Adik main ultraman milik abang, abang pula main bola. Nampak gambar ok je, macam harmoni, kan? padahal, sebenarnya kemain kecoh dua beradik ni rebutkan dua benda ni. Masa adik main ultraman, Naim pun nak ambil tu juga. Adik pun sama. Kalau Naim pegang bola pula, dia pun nak pegang sama. Tak padan kecil Nazif ni, aiii....

Kecoh pun kecohla, asalkan anak anak sihat semuanya. Ok, lah, semoga amalan puasa kita hari ini dan seterusnya dapat keberkatan ye. Jaga kesihatan korang di bulan mulia ini.

Comments

  1. lega ,,,,, kan anak dah ok
    syukur

    ReplyDelete
  2. sykur alhamdulillah naim dah ok...hai nazif pun dah jd mcm adrien nih...hihihi

    ReplyDelete
  3. syukur dah sihat...lama tak singgah sini, bz sejak akhir2 ni. Last week akak dgn cik bieha demam. Apapun Selamat berpuasa =)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah lega rasanya kan dik .. ;)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, nothing serius....
    Anak2 mmg seronok kalau kita dapat spend masa sama2... penjaga gol pun penjaga gol la la kan Naim.... janji dapat main dgn mama :)

    ReplyDelete
  6. Haha gitulah anak kecik AN.... Mmg kecoh, okje yg dah besar ni pun perang saudara gak hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1