Besen dan Alhamdulillah, penenang

Musim dan kaedah menenangkan anak selalu berubah-ubah. Kalau sebelum ni, saya dapat tenangkan Nazif dengan bagi dia menyusu je. Dah besar sikit, Nazif dah mula pandai makan, dia kejar makanan dengan cekapnya, jadi nak tenangkan dia kami banyak suapkan makanan. Dia memanglah seronok macam tu, dah boleh guna tagline, " Nazif lain macam bila lapar".

Tapi, saya rasa, kalau dibiar macam ni berterusan, tak boleh jadi ni. Nanti si Comel mama jadi gemuk, oooi tak boleh...tak nak !

Kaedah terbaru dan nampaknya memang berkesan betul ialah masukkan dia dalam besen besar tapi dengan syarat saya ada kat tepi. Selain risau dia terbalik, juga biasalah budak-budak ni mana boleh mamanya jauh sikit. Tapi, kalau nak melipat kain atau saya saja-saja nak update blog atau nonton tv, memang boleh jalan kaedah ni. Masukkan mainan Nazif sekali ke dalam besen besar ni, Nazif akan boleh mainlah kat dalam tu dalam tempoh masa yang agak lama juga sebelum dia mula bosan. Sambil-sambil tu saya layanlah dia, cakap dengan dia.

Lagi satu kaedahnya, pasang je lagu Alhamdulillah, Maher Zain. Pastinya Nazif dan Naim, duduk elok je kat depan tv tu macam terpaku, bolehlah rasakan ketenangan di ruangan rumah. Ulang pasang empat kali baru Naim mula berganjak, maklumlah dia dah biasa dengar ni.

Lepas ni nak guna cara apa lak ye, kalau Naim dulu usia setahun mula main periuk belanga. Harapnya adik ni tak samalah, tak tahan juga, pergi ke rumah saudara mara atau rakan pun dia terjah ke dapur untuk cari kuali dulu...

Comments

  1. Alahaiii comelnyaaa!. Dah besar dah!.

    Anak2 I masa kecik2 baya Nazif jenis susah nak ditenangkan, time diorang tido je baru Mamanya dpt buat keja lain. Kdg masak pun mendukung diorang. Bila dah kenal walker, baru I lega sikit, siap bleh menjahit langsir raya satu rumah!. (masa tu lah, skrg anak2 dah besar.. Mamanya plak yg malas... haha).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too, selalu juga masak sambil mendukung nazif.. Hebat tul sampai dapat jahit langsir satu rumah, patutla boleh bahagikan masa utk bisnes sama...

      Delete
  2. mcm2 cara guna nak tenangkan anak2 yea. sampai pi rumah org pun cari periuk. nak jadi tukang masak ker..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa dia setahun hgga akhir tahun lepas mmg minat tul, tahun ni je dah tak pandang periuk belanga...lega mamanya

      Delete
  3. Mana pic besen dengan Nazif nya ? Hehe tak sempat ambik dah bosan eh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...maknya khusyuk tls entry baru...tak sempat amik gamba anak

      Delete
  4. adohai dlm besen pun jadi kan ekke ;)
    nazifff .. nazif ! ;)

    ReplyDelete
  5. mcm2 cara ye nak tenangkan anak2 ni,anak2 akak pulak kalu akak memasak akak biarkan aje diorg kat ruang tamu dgn semua mainan yg ada,ikut lah apa yg diorg nak main,tp lepas tu memang penat la nak kemas balik mainan tu,tp itu je cara yg berkesan setakat nih

    ReplyDelete
  6. Ohoho... Masuk besen lak comey ni. Byk dah ke gigi dia?

    ReplyDelete
  7. ITU KAEDAH MENENANG
    ANAK SY NO 2 TU MASA KECIK SUKA NAIK TANGGA
    SO SY DPT TAHU DIA TAKUT KAT SPAN BASUH PINGGAN
    LETAK SPAN TU KAT ANAK TANGGA..KONFEM XDE KEJADIAN DIA NAIK TANGGA
    HAHAHA

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1