Resepi ayam percik Kelate sedap

Amboi, tajuk tak menahan. Masuk bakul angkat sendiri ni. Tak apalah kan, awal awal pagi ni buat gurau-gurau untuk menghiburkan hati ni. Korang tentu seronok sebab hari ni cuti, dapat berehat kat rumah. Padan muka orang yang bercuti semasa jerebu hari tu. Kan dalam bulan puasa ni kena ganti sekolah hari Sabtu? Ambil tu, memang setiap Sabtu dalam bulan puasa ni kena kerja tau.... Ini yang orang tua tua cakap elok susah-susah dahulu, kan?

Oklah, tak payah nak sambung panjang pasal kes susah kemudian ni. Redha jelah, anggap ni dugaan di bulan mulia ni. Nak bagi resepi ayam percik saya ni, kot-kot ada yang nak jadikan panduan kot-kot hari ke 10 dan ke atas nanti dah mula tak ada idea apa nak dimasak. Resepi ni senang je.

Bahan-bahan dulu ye;

Perapan ayam 

bawang putih
halia
garam
kunyit

Kuah percik

Santan pekat
bawang merah
bawang putih
halia
serai diketuk
lada hitam/ lada sulah
garam dan gula

Langkah memasak;
1. Perapkan ayam dengan bahan perapan untuk setengah jam. Saya semalam perap dari sebelum pergi ke sekolah lagi. Yang ni, bahan-bahannya korang agak-agak ikut jumlah ayam yang nak dimakan ye. 

2. Untuk kuah pula, tumbuk bawang dan halia. Masukkan santan pekat dicampur dengan semua bahan yang dinyatakan, didihkan dengan api kecil sehingga mendidih dan nampak pekat kuah yang disediakan ini.

3. Kuah disediakan lebih awal sebelum mula bakar ayam.
ini kerana semasa proses panggang ayam ni, iaitu apabila ayam sudah separa masak, kuah akan diletakkan sikit kepada isi ayam supaya rasa percik akan masuk ke dalam isi ayam tersebut. 


Untuk lada hitam atau lada sulah tu, bagi saya ada beza, saya lagi suka letak lada hitam sebab baunya lebih wangi walaupun warna kuahnya akan sedikit gelap daripada kuah yang menggunakan lada sulah. Jadi, pilihlah ikut kesesuaian selera masing-masing. 

Resepi ini hanya menggunakan santan pekat, jadi saya tak tambahkan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Tapi sekiranya korang dapati kuah tak pekat, bolehlah tambahkan tepung jagung sikit apabila kuah dah masak ye. 

Jadi, inilah hasilnya. Abaikan comotnya.. Mama paling seronok bila Naim yang makan. "em, sedapnya mama masak", memang kaki bodek, sejak pandai cakap sehingga sekarang, kalau makan je makanan yang dia suka, memang meleret pujian dia tu.., oklah tu, penyejuk hati mama.  

p/s: walaupun ramai yang geram sebab kena kerja semua hari Sabtu ramadan ni, namun bila dapat sekotak air mangga untuk berbuka dari PK Petang sebelum balik semalam dah buat semua cikgu balik dengan senyuman. Memang tak payah sebenarnya nak ambil hati cikgu-cikgu yang stress ni. Pihak pengurusan tunjuk ambil berat sikit pun dah cukup prihatin kami rasa. Terubat rasa dibuli dan dikuli bila ada yang prihatin.

Comments

  1. ayam percik putih, sedapnya..

    ReplyDelete
  2. Thanks, AN.... tak susah nak buat rupanya.. resepi pun senang.... nanti nak cuba buat... harapnya menjadi la nanti :)
    Pandai Naim ambil hati mama dia... tapi pujian anak2 ni kan ikhlas... mmg sedap la tu mama masak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok welcome.. Mujur naim suka makanan kelate.. Blh geng dgn mama

      Delete
  3. Tu dia mengancam!! nampak sedap tu

    ReplyDelete
  4. hehe..pandai dia bodek mamanya..:)

    nak cuba resepi ni..salin terus..harap jadi..:)

    ReplyDelete
  5. Suka sangat! Baru ni cari kt param, xde. Ada yg merah tu... mmg x gemar. Hari2 masak simple2 je. Asal boleh makan.

    Menu renyah, malas la pulak... hihi. Weekend depan nk request mak buat la =)

    ReplyDelete
  6. pernah makan...sedappp, dah ada resepi tu bole la akak try kalu rajin...hehehe

    ReplyDelete
  7. Selalu jugak ayam percik tp yg merah An...belum pernah buat yg putih macam ni...boleh gak try nanti!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1