Menurun mama

Banyak pengaruh mama kepada Naim nampaknya. Salah satu perangai yang Naim warisi daripada mama ialah obses dengan benda baru.

                             
Ikut perangai mama betul. Semalam saya bawa balik beg bergambar Cars ni untuk Naim. Kemain suka dia dapat beg baru, asyik tersenyum lebar je. Beg ni pula diangkut buat main sepanjang malam. Dia siap kemaskan sendiri baju dia untuk dibawa ke taska hari ni, semalam lagi. Dahla tu, setelah lama sikit, walaupun dia main benda lain, beg car ni tetap tersangkut di belakangnya. 

Papanya duk risau takut zip rosak bila melihatkan Naim berkali-kali asyik buka dan tutup. Tak pelah nak oii, kamu layan ajelah beg lawa ni. Dah memang peminat kereta dapat pulak beg bergambar kereta memang habis hatilah jadinya. Bahkan, korang nak tahu, bila dah tutup lampu pun, Naim yang mulanya dah baring tu, dia bangun lagi pergi tengok begnya yang diletakkan kat tepi bilik. Sampai gitu sekali seronok dengan beg barunya... hari ni, agaknya tunjuk dekat kawan dia di taskalah tu...

Comments

  1. harap2 lama lah hayat beg tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun harap gitulah. harganya rm 28 je ni... kalau tahan lama, memang bagus....

      Delete
  2. samalah kiter,,, kalau benda baru

    ReplyDelete
  3. assalam AN..bukan budak je dapat benda baru macam tu kan he he

    ReplyDelete
  4. wah...cantik beg naim..warna merah lagi.... Semangat la dia nak g taska dgn beg baru..hiihii

    ReplyDelete
  5. Mcm Aydin la Naim ni. Siap bwk ke tmpt tido tp Aydin punye peel, terujanya kejap je. Dah seminggu dua, pandang pun tak nak. Mmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naim pun biasanya dua tiga hari je bersungguh2 tu

      Delete
  6. aunty pun obses jugak dgn menda baru ni naim...heheehe..pose tak naim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. puasa yang yuk...pagi2 mintak susu

      Delete
  7. canti beg tu. beli kat mana tu

    ReplyDelete
  8. Hehe.... bukan Naim je cenggitu AN, OKje pun jugak tu hehe

    ReplyDelete
  9. wah Naim dpt beg baru ke..sama perangai anak sy Aisy..kalau dapat benda baru mesti tak dilepasnya hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts