Tips menghilangkan letih di bulan puasa

Assalamualaikum semua.

Lamanya saya tak menulis. Banyak hal yang nak diselesaikan sejak akhir-akhir ni. Ok, jadi tak nak membuang masa korang yang keemasan tu, saya terus kepada tajuk ye.

Ikutkan hati, memang kita yang berpuasa ni terasa letih dan lemah. Kebanyakan rasa begitu. Saya tengok ramai yang tetap bersemangat macam bulan biasa, tahniah ye. Kekal tahap kecergasan nampaknya. Jadi, bagi korang yang dah bersahur tapi ada kalanya rasa letih dan lemah di siang hari boleh praktikkan tips saya ni.

Kaedah yang seharusnya anda buat untuk jadikan badan lebih cergas walaupun berpuasa ialah dengan melawan perasaan letih tersebut. Jangan elakkan diri daripada melakukan aktiviti seperti biasa. Kalau biasa anda mengajar dengan bersemangat, tak ada alasan untuk duduk sewaktu bulan puasa ni. Percayalah jika kita melawan perasaan malas tersebut, maka akan dapat menghilangkan perasaan letih yang ada.Ingatlah yang kuasa minda dapat menghadapi semua kemungkinan yang ada.

Selain daripada tu, pastikan anda minum air yang cukup pada waktu malam ye..

 

Comments

  1. minum air secukupnya dan makan kurma sekurang2ya 2-3 biji ..

    alhamdulillah amalan yg selalu akak lakukan .. ;)

    ReplyDelete
  2. Setakat ni, saya pun segar bersemangat. Tapi malam, terus flat.

    ReplyDelete
  3. mmg sy lawan perasaan letih tu. dgn bdk2 dlm kelas pon sy lawan gak. hihi

    ReplyDelete
  4. yup setuju... kena kekal bersemangat, baru la rasa tak lemau... masa sahur, saya suka minum kurma+susu segar... Alhamdulillah, perut boleh rasa kenyang hingga berbuka..

    ReplyDelete
  5. setuju Aisy..kena lawan perasaan letih tu..

    ReplyDelete
  6. Betul AN...OKje pun macam tu ....duk buat kerja yg mengeluarkan peluh...baru rasa tak letih dan ngantuk....Kalau ikutkan mmg malaskan...huhu
    Tapi tulah mampu buat satu entri je bulan puasa ni...idea kering!

    ReplyDelete
  7. disiang hari akak ni oke je,tp lepas berbuka terus menggeletar, taktau la kenapa

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts