Sebelum masak kena makan dulu

Yang masak tu saya, yang makan dulu tu bukan saya tau.. Jangan salah faham. Nak citer pengalaman masak di bulan Ramadan ni. Tak kira masak untuk sahur atau masak untuk berbuka, yang penting kena aturkan supaya anak-anak kenyang dulu. Barulah saya dapat masak dengan tenang.

Kalau yang di sana meraung, yang di sini menangis, tidak daya nak masak, betulkan? Jadi, sejak beberapa hari puasa ni, masa sampai je ke rumah, saya suapkan dulu dua comel saya ni dengan apa-apa makanan yang mudah, macam roti atau buah. Dah pastikan perut diorang dah beralas, maka baru saya mula masak. Memasak untuk dua tiga mulut taklah ambil masa yang lama walaupun selalunya waktu saya sampai ke rumah ialah pada pukul 6. Sempat lagi nak bermain-main dengan anak-anak sebelum mulakan tugas.

Naim pula, bukan jenis payah. Kalau kena caranya, dia makan semua yang saya masak sambil puji kesedapan makanan tu. Macam tadi, makan roti bersalut telur cicah sos cili pun dia makan dengan aman, habis dua keping roti gardenia. Menu yang sama dengan semalam pun tak apa, dia suka.

Kalau Nazif bangun masa nak sahur pula sikit bermasalah. Dia kalau bangun pagi nak berkepit je dengan mama. Tak berapa layan kaau disuapkan susu atau diumpan dengan makanan. Jadi, adalah masanya saya terpaksa dukung dia sambil masak.

Apa apapun, kita ni antara nak buat dengan tak nak buat je kan?

Comments

  1. Salam... Adat ada anak mmg gitu kan. Saya syukur sgt sbb sy ni kuat tgn kiri klu dukung anak. Bahaya pun terpaksa juga klu kacau kuah tu kendong anak juga. Nk mkn punya pasal. Masa sentiasa memburu saya utk buat kerja dlm terpaksa menyambil dgn anak. Skrg syafiq x bgn sahur dah.. Aman je sahur lami xde org sibuk nak air nak sudu. Hehe

    Psl qila tu dia bersahur dgn kami. Sy kejut mereka jam 5 pagi. Lps subuh st bg dia tido smpi 7 suku sbb 7.45 br dia ke sek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..bagusla tu.lega sikit masa LM bersahur.

      Bagi qila belajar sikit2 ye..nampak boleh juga tu, dia saja nk psiko umi tu.

      Delete
  2. assalam AN..betul tu antara nak ngan tidak je..kalau ada rasa M tu..acik pun tak nak buat apa2..beli je..

    ReplyDelete
  3. betul tu aisy...akak pun buat mcm tu jg,bagi makan & bg mainan kat anak2 lepas tu baru masak,kalu tidak tentu diorg pun sibuk nak tolong didapur

    ReplyDelete
  4. tul dikk
    kena bagi mereka makan dulu siap2 .. senang kita nak masak dan senang kita nak makan berbuka atau sahur ;)

    ReplyDelete
  5. LAGI BEST DAH 2KALI BERBUKA.ANAK DARA KECIK TERTIDO SBLUM WAKTUNYA
    SO MAKAN DGN TENANG..KALAU TAK,NAK ITU NAK INI
    NGALAHKAN ORG POSA ;)

    ReplyDelete
  6. Itula dilema jika ada anak2, tp tak pe semua tu pengalaman :)

    ReplyDelete
  7. Bagus nya anak-anak boleh disuap buah. Adam xnak makan buah. Roti mmg faveret la

    ReplyDelete
  8. Ha'a setuju...antara nak dengan tak nak je...selalunya OKje banyak yang tak nak hehe... macamana tu AN?

    ReplyDelete
  9. seronok dengar pengalaman kawan2 termasuk pengalaman Ain berpuasa bersama anak2….bila depa dah besar semua ni kenangan bagi kita sebagai seorang ibu kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts