Misi tak berjaya

Sedih nak cerita ni. Sempat lagi nak cerita sikit sebelum ke sekolah ni. 

Semalam saya ajaklah suami ke PKNS Shah Alam. Tentulah angkut sekali hero berdua ni. Gigih pusing kat situ kononnya nak beli baju raya barang sehelai dua untuk diri sendiri. Untuk dua orang hero ni minggu sebelum ni dah lengkapkan, dua pasang seorang. Cukuplah kot untuk diorang. Mama yang nak bergaya juga ni pun pergilah dengan gembiranya.

Gigih tawaf kat situ. Dahlah mulanya hampir tak jadi masuk sebab parking penuh. Bila dah masuk PKNS tu, tengok sayu tak berkenan. Tengok lagi rasa mahal sangat. Pusing sana, pusing sini, fikir, tenung, akhirnya balik tanpa beli apa-apa.

Kedekut agaknya. Sayang duit yang dapat dengan menjerit-jerit kat kelas tu kalau nak beli baju yang macam mahal sangat tu. Tapi, musim macam ni memang tak boleh elakkan kenaikan harga baju kurung, kan? Semua orang pun tahu. Jadi, yang salahnya ialah saya sendiri. Kenapa awal-awal tak beli je kain dan buah tempahan baju kurung untuk raya ni... Kan? Kan? tahu tak pe..
                                
    
Jadi, akhirnya, kami pergi ke param di tepi Kompleks PKNS tu je. Memang cukup ramai orangnya, nak berjalan pun rasa terhimpit. Walaupun kesian tengok Nazif terkebil-kebil bila melalui kawasan yang orang jual benda bakar, mak ayahnya belilah juga nasi kerabu untuk berbuka puasa semalam. Walaupun banyak pilihan yang dijual, namun, lagi suka makan makanan yang dimasak sendiri nampaknya. 

Abis, pakai ajelah baju yang mana ada kali ni. Kan? ada yang nak bagi saya sehelai, kot-kot korang ada beli dah 5-7 pasang tu, tak abis pakai nanti... hihi.... 

Comments

  1. BELUM BELI BAJU RAYA,SELALUNYA BAJU MELAYU ANAK BELI KAT HARI-HARI TU JE,TAK KOSER NAK GI TEMPAT SESAK.HEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bju anak dah ada... Tulah silap awal lg pergi ke tempat sesak gitu.

      Delete
  2. kamipn blum ada baju raya lagi

    ReplyDelete
  3. Sy tak suke g beli baju ry kat PKNS tu. Tau dah, mhl punye. Sy suke pilihan kat Jusco tp kena pegi awal la sbb klu ujung2, org dah rembat seme. Huhuhuhu....baju kurung sy dah siap sbb sy tempah. Heheheh~

    ReplyDelete
  4. Puasa2 ni..Syaitan2 tgh diikat la Aisy, sbb tu la nafsu membeli kita dah lari.. hehe.
    Anak I si Ain pun Sabtu itu ari yg mulanya exited nak menambah2 koleksi baju raya, sampai je
    shopping complex kansel tak jadi beli.. :D

    ReplyDelete
  5. dgrnya kat situ mmg berganda harganya

    ReplyDelete
  6. Dlm x sedar bj raya ada empat psg suh mak jahit. Memgalahkan anak 2 dara sendiri pulak. Segan pulak kat mak.. Haha

    Sy pernah beli kat kamdar. Dulu la... Lama dah. Murah je lima puluh lbh je kebaya time tu. skrg ni baju dkt dua ratus, smua mhl

    ReplyDelete
  7. Tengok percik sedapnya.. nasib baru je makan semalam :)

    ReplyDelete
  8. Alah,org suruh cari kt PAs..plg tak pun pergila first lady ke,peace ke..banyak baju murah dan cantik..klu dah buntu sangat pegi je cari kat tesco dan giant..kiosk2 kat luar tu boleh tahan la harganya..sedihla nak interprame nnti..hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah planning... Cik wan bg la hadiah selai.


      Delete
  9. Acik pun macam tu..selalu menung..sudahnya balik kosong

    ReplyDelete
  10. sehelai bj br pon tak shoping lg kitaorg. nak tunggu saat akhir je rasanya

    ReplyDelete
  11. Saya pun xde baju raya.... dengan kata lain, tak beraya pun. Huhuhu.

    ReplyDelete
  12. akak pun ke pkns jg tp hari sabtu. beli baju melayu je utk anak2,utk akak jubah je,itupun sbb jumpa yg murah,terus rembat je...raya tahun ni tak bole nak melawa sgt la perut dah boyot..hehehe

    ReplyDelete
  13. Tulah nak mencari baju raya masih tak de mood lagilah AN....dah dekat baru ada moodkan lagi pun jadual weekend penuh...dgn melawat PIL lah... mgu dpn nak balik kg...bila tak tau le nak cari hehe

    ReplyDelete
  14. kak intan pon this year x ada beli baju raya dah rasanya..ada sehelai dua yg baru pakai dua tiga kali kat sini, jadi balik kg leh pakai kot..x ada org pasan..kih kih

    ReplyDelete
  15. saya pun xder baju raya, pinjam siti punya jer... dia ckp pakai peplum dgn mane2 skirt yg color hitam, lawa jer...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1