Beg cikgu

Lawa tak beg? ni lah beg yang saya angkut ke sekolah setiap hari. Baru lagi sebenarnya pakai yang ni. Sebelum ni, saya juga gunakan beg yang lebih kurang macam ni, cuma namanya lain. Semenjak berkhidmat di Selangor ni, saya pun dah terpengaruh dengan kebanyakan guru kat sini yang membawa beg-beg macam ni ke sekolah. Masa di Johor dulu, saya gunakan beg yang kukuh sikit, selalunya dibeli,  bukan beg yang dapat percuma macam ni.

Walaupun beg percuma, tak tebal dan selalunya jangka hayatnya tak lama, tapi beg beg macam ni cukup berjasa. Saya dapat muatkan buku-buku murid, rekod mengajar dan alat tulis. Kadang kala kalau muat, boleh lagi masukkan bekal ke dalam beg ni.

Ni, saya yang tak rajin. Kalau korang tengok cikgu rajin, bukan satu, malah dua atau tiga beg macam ni diorang akan angkut setiap hari. Macam macam kerja sekolah yang dimuatkan kat dalam tu. Saya yang bawa balik satu tu pun, tak tentu sempat sentuh bila tiba di rumah. Berkawan dengan orang rajin dan cemerlang macam Zilla, kagum saya. Dengan tiga orang anak kecil, cukup rajin Zilla ni, memang sesuai betul jadi cikgu. Tapi, melihat beban kerja beliau kebelakangan ni, saya jadi kesian pula. Sekadar memandang, tak tah merasa apa beliau rasakan. Tapi, sepanjang pemerhatian saya, rasanya manusia ni memang suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Secemerlang mana oun seseorang tu, dia pun nak juga ada kehidupan sendiri selain dari bekerja, kan? Tak kesian ke kita nak melambakkan semua kerja kepada seseorang je?

Semoga Zilla tabah ye.. you can do it, my dear! 

Comments

  1. Wahhh... janji muat brgan nk dimasukkan

    ReplyDelete
  2. Betul tu, beg ni selain mesra alam.. mudah untuk dibawa dan senang masukkan barang macam2 :)

    ReplyDelete
  3. Beg percuma sebab itu kurang tahan lama tapi kalau guna yg tidak tahan lama dapat selalu tukar Aisy. Jadi cikgu memang perlu beg besar sebab buku anak murid sekarang pun kakak tengok bukan macam masa kakak dulu. Maca-macam saiz dan tebal kenalah beg besar kan..

    ReplyDelete
  4. Lagi berat beg tu..lagi berat pahala yg cikgu dapat..Aminnn..

    ReplyDelete
  5. kat srwak ni jarang merasa bawak beg cenggitu. Biasanya pegang je buku rekod sebelah tangan, beg laptop sebijik..handbag pon x bawak..hehe

    ReplyDelete
  6. Pembetulan...zilla tu tak la rajin..beg pun tak bawa balik..hihi.in sha allah..semoga allah memberi rezeki yang melimpah ruah atas kebaikan yang dilakukan..cuba buat yang terbaik selagi mampu..thanz atas keprihatinan..

    ReplyDelete
  7. selamat menunaikan ibadah puasa...sama2 kita mengejar ganjaran yg dijanjikanNYA..

    ReplyDelete
  8. Jgn bawak beg berat2,
    nanti tangan keluar urat... kekeke...

    Selamat berpuasa Aisy, comel beg tu.

    ReplyDelete
  9. BUKAN SENANNG JD CIKGU NI YE ;)

    ReplyDelete
  10. Hehe tu namanya beg cikgu rajin!

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts